web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PN Anak Tempatan, Boleh Berkhidmat Untuk Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 9:41AM

Dr Sahruddin (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengamal media di Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) yang bakal menampilkan 56 calon gabungan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac depan akan memberi keutamaan kepada anak tempatan.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, selain anak tempatan, calon yang diletakkan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu perlu memenuhi kriteria dan boleh berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata, rakyat pada masa kini bijak melihat calon terbaik untuk kawasan mereka dan bukan memilih bersandarkan logo parti semata-mata.

“Saya cukup yakin bahawa pengundi akan melihat calon yang terbaik di kawasan mereka dan kami di PN ada gabungan anak muda serta individu yang berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Setiausaha PN Negeri Johor Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.

Dr Sahruddin yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor berkata, senarai calon PN untuk pilihan raya negeri itu sudah selesai dimuktamadkan kelmarin dan akan diumumkan esok.

Beliau berkata, senarai calon mewakili PN itu akan membabitkan kombinasi calon muka baharu, wanita dan individu berpengalaman yang terdiri daripada parti gabungan BERSATU, PAS serta GERAKAN.

Pada masa sama, Dr Sahruddin dengan yakin memaklumkan bahawa beliau bakal dicalonkan semula di kerusi DUN Bukit Kepong yang disandangnya itu.

Beliau yakin dengan khidmatnya di DUN itu selama empat tahun membawa banyak pembangunan selain pelbagai bantuan sentiasa disalurkan kepada rakyat DUN berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa beliau bakal dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor jika PN memenangi PRN Johor, Dr Sahruddin hanya menyerahkan urusan itu kepada pucuk pimpinan parti. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad