web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WARISAN Beri Peluang Muka Baharu - Mohd Shafie

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 2:13PM

Mohd Shafie (kanan) bertemu masyarakat di kawasan DUN Permas, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Muka baharu antara yang akan diberi peluang oleh Parti Warisan (WARISAN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Barisan calon yang dikenal pasti parti itu akan ditapis bagi memastikan mereka tidak pernah bertanding dalam pilihan raya.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau mahu menampilkan muka baharu dalam arena politik, namun masih dalam proses memuktamadkan senarai calon yang pastinya terdiri daripada kalangan rakyat negeri itu.

“Sebenarnya kita tidak terlalu memilih calon, tetapi sebahagian besar daripada calon ini adalah muka baharu, yang tidak pernah bertanding.

“Kita belum buat ketetapan, tetapi kita mahu antaranya yang rajin bekerja,” katanya ketika ditemui selepas bertemu masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai bilangan kerusi yang bakal ditandingi Parti WARISAN, Mohd Shafie memberitahu, ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau turut mengesahkan DUN Permas ialah antara kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Mohd Shafie berkata, WARISAN menjadikan PRN Johor sebagai pilihan raya negeri pertama di Semenanjung Malaysia untuk parti itu, bagi memberi lebih pilihan kepada rakyat Johor untuk mengundi pemimpin dikehendaki.

Pada masa sama, Mohd Shafie yang sebelum ini memberi bayangan WARISAN akan bertanding secara solo pada PRN Johor masih dengan pendirian mereka untuk hanya menjalin kerjasama bersama rakyat.

“Sudah sampai waktu dan ketikanya kita bersama rakyat, kita perlu merapatkan rakyat (kerana) rasanya rakyat sudah bosan dengan parti politik.

“Rakyat bukan hendak pilih parti mana, mereka mahu pilih calon mana yang boleh memberi perkhidmatan kepada mereka dan boleh mereka dampingi dalam keadaan senang atau susah,” jelasnya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad