web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amira Aisya Direstui Ibu, Anggap Kisah ‘Mungkiri Janji’ Cerita Lama

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 11:09AM

Amira Aisya Abd Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ibu sudah merestui perjuangan saya dalam dunia politik,” kata calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Amira Aisya Abd Aziz.

Menurut Setiausaha Agung MUDA itu, kisah mengenai janji diberikan beliau kepada ibunya seperti dikongsikannya pada hari pencalonan dua hari lalu adalah cerita lama.

“Perkara itu (janji) memang saya pernah suarakan kepada ibu saya kerana dunia politik pada saya amat kotor. Janji ditabur, namun tidak tertunai.

“Bagaimanapun, Langkah Sheraton membuka mata saya, segala dasar baik untuk rakyat tidak dapat dilaksanakan tanpa kehendak politik (political will) yang tinggi.

“Justeru, setelah berbincang dengan ibu dan beliau merestuinya, saya nekad untuk menyertai MUDA bagi membawa pembaharuan dalam politik,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, restu ibu adalah sangat penting baginya dalam melakukan segala hal.

Katanya, walaupun penyertaan dalam dunia politik bukan tanggungjawab mudah, sokongan ibunya membuatkan beliau nekad menabur bakti.

Malah, Amira Aisya berkata, ibunya juga berpendapat bahawa negara memerlukan dasar pendidikan lebih mantap untuk membantu masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Sokongan diberikan ibu itulah yang memberikan saya kekuatan untuk membuat keputusan besar sebegini,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan nama Amira Aisya heboh di media sosial apabila beliau mengatakan pernah berjanji kepada ibunya untuk tidak menyertai politik, namun bertindak sebaliknya.

Sebaik kisah berkenaan tular, Amira memohon maaf dan sudah meminta restu ibunya, agar penglibatannya dalam politik diterima.

Bagaimanapun netizen mula mempersoalkan kredibiliti Amira Aisya sebagai calon diketengahkan MUDA pada pilihan raya itu.

Mereka meluahkan kekhuatiran calon tersebut tidak mampu melakukan perkara sepatutnya demi memperjuangkan nasib pengundi di DUN Puteri Wangsa. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad