Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muka Baharu Komited Bawa Suara Anak Muda

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 9:36PM

PKR mengetengahkan beberapa calon muda untuk bertanding pada PRN Johor yang dijadualkan pada 12 Mac ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua calon muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor komited membawakan suara anak muda, dan mahu memberi perhatian kepada visi serta misi terutamanya dalam menjana peluang pekerjaan yang lebih baik.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Chiong Sen Sern yang diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu meluahkan keinginannya untuk melihat suara generasi muda didengari dan diberi perhatian.

"Saya akan kerap membawa suara anak muda dalam sidang DUN nanti dari segi pekerjaan terutamanya kini kita berdepan pandemik COVID-19, yang membebankan majoriti rakyat.

"Saya juga merancang untuk memberi banyak tumpuan pada aspek pembangunan pelancongan khususnya di Bukit Batu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Calon PKR Zon Selatan di sini, hari ini.

Chiong Sen Sern
Chiong Sen Sern

Sen Sern, 32, pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sunderland, United Kingdom bakal menggantikan tempat gurunya, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Beliau berkata, kerjasama erat antara mereka berdua menjadi kunci untuk mengekalkan kemenangan di kawasan terbabit.

"Memang tekanan apabila menggantikan tempat YB Jimmy. Beliau sangat senior dan 'sifu' saya. Hubungan kami sangat baik dan beliau akan bantu saya dalam semua aspek," katanya.

Mohd Fakhruddin Moslim
Mohd Fakhruddin Moslim

Sementara itu, Mohd Fakhruddin Moslim, 34, pula akan memberikan tumpuan kepada kehendak anak muda khususnya dalam bidang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik.

Beliau yang akan bertanding di DUN Pasir Raja berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuknya membangunkan golongan belia yang mahukan perubahan.

"DUN Pasir Raja yang terletak dalam Parlimen Tenggara mempunyai banyak kawasan FELDA, antaranya FELDA Bukit Ramun dan FELDA Sungai Sayong. 

"Saya lihat suara anak muda terutama generasi FELDA ini sebagai cabaran. Ia membolehkan saya membawa lebih banyak suara anak muda selain isu ekonomi dan peluang pekerjaan," katanya.

Dua calon muda itu antara lima calon terawal PKR pada PRN Johor yang diumumkan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Ketua Wanita Keadilan Johor, Napsiah Khamis Maharan pula, beliau mahu bendera lambang PKR terus berkibar di DUN Kempas.

Napsiah Khamis Maharan
Napsiah Khamis Maharan

Napsiah, 42, yang juga Exco Wanita Keadilan Pusat berkata, beliau melihat penerimaan rakyat di Kempas terhadap parti itu amat positif, namun usaha keras tetap perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan mereka.

"Dulu di Kempas, kita menang dengan lambang Keadilan, jadi kita mahu ia kekal. Setakat ini kita nampak penerimaan itu positif, tetapi dengan pelbagai isu seperti COVID-19 dan sebagainya, kita tidak dapat berjumpa pengundi, tetapi kita akan cuba sebaik mungkin (berkempen untuk tarik pengundi).

"Walaupun maklum balas kita terima positif, tetapi tidak boleh terlalu yakin, usaha perlu ada," katanya yang bertanding buat kali pertama.

Napsiah yang sudah 23 tahun aktif berpolitik bersama PKR juga mahu mengutamakan isu tempatan seperti harga barang dan peniaga kecil dalam manifestonya.

"Kita akan lihat balik isu tempatan seperti harga barang, peniaga kecil dan semua itu akan kita maklumkan kemudian," katanya.

Dr Zamil Najwah Arbain
Dr Zamil Najwah Arbain

Calon PKR kerusi DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain, 48, pula yakin mampu menggalas amanah dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai fokus utama sekiranya diberi kemenangan pada PRN Johor.

Dr Zamil Najwah berkata, PRN Johor adalah gelanggang buatnya untuk terbabit dalam arena politik secara serius di DUN Larkin yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar raya Johor Bahru.

Katanya, DUN Larkin yang majoriti penghuninya ialah kaum Melayu masih dibelenggu isu tanah dan setinggan yang memerlukan perhatian serius kerajaan.

"DUN Larkin adalah kawasan bandar didiami majoriti masyarakat Melayu selain Cina dan India yang kebanyakannya merupakan golongan kelas pertengahan.

"Saya diberitahu banyak isu tanah kerana Larkin ini bandar lama di Johor Bahru. Difahamkan tempoh pajakan tanah di situ akan tamat dan ia memerlukan penyelesaian segera daripada kerajaan negeri," katanya.

S Gopalakrishnan
S Gopalakrishnan

Pada masa sama, penyandang kerusi DUN Tiram, S Gopalakrishnan, berkeyakinan tinggi untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Naib Pengerusi PKR Johor itu berkata, beliau percaya majoriti diperolehinya sebelum ini menjadi sandaran parti untuk meraih kemenangan.

"Dengan dinamakan sebagai calon ini, kita bersedia untuk bertempur. Pastinya bukan senang, saya harap pengundi lama akan terus memilih saya untuk kekal di DUN Tiram," katanya. 

Beliau berkata, isu yang berlegar berkaitan dirinya seperti disuarakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak menjejaskan kredibiliti di kawasan itu.

"Isu yang diutarakan Syed Saddiq yang mendakwa saya tidak menjaga kebajikan masyarakat India di kawasan itu tidak benar dan saya menafikan semua dakwaan berkenaan.

"Tak timbul isu kredibiliti terjejas memandangkan saya sudah menjalankan gerak kerja sejak setahun lalu ketika pimpinan Barisan Nasional (BN) kerap kali mengugut untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya," jelasnya.

Mengulas lanjut, Gopalakrishnan berkata, pihaknya sudah melaksanakan pelbagai program bagi menyantuni golongan pengundi muda untuk meraih sokongan pada PRN Johor, 12 Mac ini. 

"Untuk pengundi berusia 18 tahun ke atas, saya rasa ia memberi cabaran kepada semua parti. Sebagai persiapan, kita sudah memasukkan inisiatif kepentingan golongan tersebut dalam manifesto kami," katanya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki

Sukan 8 jam yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Semasa 4 jam yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran