web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kerusi Untuk MUDA Keputusan Yang Tidak Strategik - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 8:52PM

Parti yang diterajui oleh oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu akan bertanding di kerusi Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP menawarkan lima kerusi kawasan majoriti Melayu kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menarik pengundi kaum itu adalah satu keputusan yang tidak strategik.

Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, MUDA sebenarnya lebih sesuai bertanding di kawasan campuran etnik yang besar kerana imej parti itu lebih liberal dan bersifat bandaran atau elitis.

“DAP dan AMANAH sendiri kurang mendapat sokongan majoriti orang Melayu.

“Dengan meletakkan MUDA bertanding lima daripada enam kerusi, maka diharap MUDA akan dapat menang di semua kawasan berkenaan.

“Namun tidak mudah MUDA mahu menang di kerusi tersebut kerana Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mempunyai akar umbi yang kuat di kawasan majoriti Melayu,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Menurut beliau, cubaan DAP dan AMANAH untuk mengelakkan pertembungan dengan kubu kuat UMNO yang lebih berpeluang untuk menang adalah sangat tipis.

“DAP dan AMANAH sepatutnya boleh fokus di kawasan penempatan bercampur yang lebih mudah dimenangi mereka berbanding kawasan majoriti Melayu, iaitu sumber kekuasaan besar UMNO.

“Pakatan Harapan (PH) cuba untuk melakukan satu eksperimental politik pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor dengan meletakkan MUDA sebagai parti yang boleh menarik pengundi Melayu,” katanya.

Terdahulu dalam kenyataan bersama, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, MUDA diberi peruntukan enam kerusi oleh PH bagi membolehkan calon parti itu bertanding pada PRN Johor.

Peruntukan enam kerusi itu berdasarkan rundingan pengagihan kerusi bagi PRN Johor yang dilakukan sebelum ini.

Enam kerusi tersebut ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

2

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad