web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Rayu 10 Kerusi Namun Hanya 6 ‘Direstui’ PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 1:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka dimuktamadkan minggu ini.

Menurut sumber, calon MUDA dijangka bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PH sudah bersedia memberi laluan kepada parti dipimpin Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu, sekurang-kurangnya enam kerusi.

Namun, beliau menegaskan, sekiranya rundingan mengenai baki empat kerusi terbabit gagal mencapai persetujuan, PH mungkin bertembung dengan MUDA pada pilihan raya itu. 

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan di Semarang dan Sri Medan, Parti Amanah Negara (AMANAH) di Parit Raja dan Bukit Kepong, manakala DAP di Bukit Permai dan Machap.

“Selain enam kerusi itu, MUDA berunding dengan PKR untuk Bukit Gambir, Kempas dan Larkin serta bersama AMANAH untuk Puteri Wangsa, Bukit Pasir, Permas dan Tenang,” katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sehubungan itu, beliau menjelaskan pihaknya mengharapkan PKR dan AMANAH  akan memberi laluan dua kerusi lagi kepada MUDA. 

Terdahulu, PH bersetuju agar PKR dan AMANAH, masing-masing bertanding di 20 kerusi, manakala DAP memperoleh 16 kerusi. 

Namun, perhitungan tersebut bagaimanapun tidak membabitkan MUDA.

Dalam pada itu, terdapat spekulasi bahawa MUDA akan menggunakan logo sendiri untuk bertanding walaupun bekerjasama dengan PH.

Tindakan itu berikutan Syed Saddiq tidak mahu menggunakan logo parti berkenaan kerana ia dianggap akan memberi kekalahan besar kepada pembangkang.

“Logo PH membawa kenangan rakyat dimanipulasi dan ditipu Tun Dr Mahathir Mohamad dan PH selepas mendapat mandat menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya. - Getaran, 9 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad