web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar DUN Bukti UMNO Gagal Tadbir Kerajaan Johor 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:31PM

DUN Johor dibubarkan pada bulan lepas bagi membolehkan PRN diadakan dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang diugut sehingga berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut membuktikan UMNO gagal mentadbir kerajaan campuran. 

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menegaskan, perkara itu turut diakui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Malah Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti AMANAH Johor berkata, tindakan itu membuktikan rakyat tidak menderita, namun pertelingkahan yang berlaku di kalangan pemimpin kerajaan negeri menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan. 

“Jika benar pandangan beliau, maka ia membuktikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN), gagal menguruskan kerajaan yang dibentuk secara pintu belakang pada Februari 2020.

“Ia tiada kaitan dengan rakyat yang sedang menderita sekarang. Rakyat dipaksa mengundi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Semalam, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, kerajaan negeri tidak boleh sentiasa 'diugut' oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu yang mahu menarik diri daripada menyokong BN.

Katanya, keadaan politik di Johor sebelum DUN dibubarkan amat genting, dengan hanya mempunyai satu majoriti sehingga menyebabkan Speaker DUN terpaksa mengundi untuk meluluskan usul.

"Ini tidak boleh berlarutan. Kerajaan tidak boleh sentiasa diugut, Menteri Besar (Hasni) tidak boleh sentiasa di bawah ancaman untuk menarik diri daripada pihak berkenaan. 

"Kami melihatnya dengan teliti dan memang ada justifikasi untuk DUN Johor dibubarkan dan Menteri Besar membawa isu ini yang diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar," katanya selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina di Wisma MCA di sini, semalam.

Jelas Mohammad, perkara itu perlu diselesaikan supaya politik Johor kekal aman.

"Jadi, pemberatnya memang ada. Ada orang hendak tekan butang, jadi bukan kita hendak tekan butang, tetapi sekarang, apabila kita tekan butang, dia pula marah," katanya. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad