Berita Terkini

18 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pemimpin PAS Perlu Lebih Peka, Dengar Pendapat Akar Umbi - Isham

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 12:38PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin atasan PAS perlu lebih peka dalam mendengar maklum balas akar umbi dan rakyat, berbanding hanya membuat keputusan sendiri, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Menurut beliau, kenyataan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria semalam seolah-olah menggambarkan bahawa pemimpin atasan PAS bersifat mementingkan diri tanpa memikirkan pendapat orang lain.

“Semalam pemimpin PAS kata kepada ahli, supaya jangan banyak soal kepada pemimpin mereka. Dia juga kata ahli kena percaya kepada pemimpin mereka dan terima arahan sahaja.

“Saya mendapat makluman bahawa sebahagian ahli PAS tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka lebih cenderung kepada Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO, namun kehendak itu tidak mahu didengari pemimpin mereka," katanya kepada Getaran.

Isham Jalil
Isham Jalil

Mengulas lanjut Isham berkata, pemimpin politik di Malaysia perlu bersikap terbuka kerana zaman sudah berlalu untuk mereka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akar umbi.

“Lebih banyak maklum balas kita terima dari orang ramai yang kita wakili, lebih baik dan berkesan untuk membantu rakyat dengan apa yang mereka perlukan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, hampir semua keputusan penting yang dibuat oleh UMNO adalah berdasarkan maklum balas dan persetujuan akar umbi.

“Dalam UMNO kita lebih terbuka. Kita galakkan akar umbi untuk bertanya soalan kepada pemimpin supaya penerangan dapat dibuat dengan jelas dan berterusan, khususnya berkenaan hala tuju parti yang memberi kesan kepada semua ahli, dan supaya keputusan boleh dibuat secara lebih adil. 

“Semak-imbang ini juga penting supaya pemimpin lebih "accountable" atau bertanggungjawab ke atas keputusan yang mereka buat. Ia juga membuatkan UMNO lebih demokratik dan stabil," katanya.

Senario ini jelas Isham, adalah faktor mengapa ia diguna pakai oleh UMNO dalam membuat dasar kerajaan untuk rakyat, dengan sentiasa mendengar denyut nadi dan aspirasi mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.

Terdahulu, Razman berkata ahli PAS diminta agar memberikan kepercayaan penuh kepada pemimpin parti itu untuk menyusun langkah dan tidak sibuk bertanya atau mengambil alih kerja mereka.

Katanya, tindakan tersebut adalah akhlak yang perlu ada pada semua ahli dan pada masa sama, mengelak daripada berasa "pening" dengan percaturan dibuat pimpinan.

“Kita tak payah ambillah kerja yang atas-atas (pimpinan). Dengan siapa (PAS) nak duduk, kerusi nak berapa.

"Kita yang bawah-bawah ni terima arahan sahaja. Kalau tidak kita akan pening,” kata Razman. 

Pesanan bekas Bendahari Agung PAS Pusat itu dibuat semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Perak Taiping.

Razman menjelaskan semua ahli PAS perlu menggiatkan kerja melaksanakan strategi yang telah disusun untuk pilihan raya umum akan datang dan tidak mempolemikkan perbincangan peringkat pimpinan. - Getaran, 2 Februari 2022.

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi