web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Lagi ADUN Tinggalkan BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:00PM

Mohd Izhar ketika mengadakan sidang media hari ini. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau ialah penyandang kerusi DUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad yang memutuskan untuk turut melepaskan tanggungjawabnya dalam parti itu.

Mohd Izhar berkata, keputusan itu diambil dengan berat hati selepas melihat BERSATU seperti hilang hala tuju dan gagal meneruskan perjuangan agenda penubuhan parti.

Menurutnya, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal membawa parti ke tahap yang lebih baik selain tidak berusaha memulihkan kedudukan mereka selepas berpisah dengan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sikap ini bukan sahaja merencatkan perkembangan parti malah menjejaskan ideologi perjuangan, sekali gus memberi kesan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan kepentingan Islam.

“Dengan kata lain, faktor lain saya mengambil keputusan ini kerana hilang kepercayaan kepada Muhyiddin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Izhar berkata, semua pengundi khususnya di DUN Larkin diminta memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), demi kestabilan politik dan rakyat negeri.

Kelmarin, Ketua Bahagian BERSATU Tebrau yang juga penyandang kerusi DUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang menjadi orang pertama mengumumkan peletakan jawatan dan meninggalkan BERSATU.

Turut mengikut jejak langkahnya ialah 23 individu lain, terdiri daripada ketua cawangan dan ahli jawatan kuasa BERSATU bahagian Tebrau.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd Izhar berkata, beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Larkin atau bertanding di mana-mana kawasan pada PRN nanti.

Katanya, BN di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad perlu diberi peluang untuk terus mentadbir negeri ini demi kestabilan politik.

“BN perlu diberi laluan untuk memerintah bagi memastikan usaha untuk membantu rakyat keluar daripada pandemik dan kemelut ekonomi dapat dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad