web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, Calon Boleh Berkempen Guna Saluran RTM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 5:14PM

Annuar (kanan) ketika menghadiri program temubual bersama radio Johor.fm di RTM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua calon PRN Johor dibenarkan berkempen menggunakan pelbagai saluran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif itu bertujuan untuk melengkapkan proses demokrasi dan memberi ruang sama adil kepada semua pihak.

Katanya, peluang tersebut bukan sahaja untuk calon parti kerajaan, namun turut meliputi parti pembangkang.

Menurut beliau, tindakan itu sama seperti yang dilaksanakan dalam PRN Melaka, yang turut mengambil pendekatan sama.

“Boleh, termasuk juga calon parti pembangkang selagi mana ia tidak disalah gunakan dan atas usaha melengkapkan proses demokrasi menjadikan negara kita mengamalkan demokrasi matang.

“Dalam pilihan raya, semua calon adalah sama. Ketika PRN Melaka lalu, semua calon termasuk bebas bukan sahaja pembangkang turut diberi ruang untuk mereka perkenalkan diri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri program temu bual bersama radio Johor.fm di RTM Johor di sini, hari ini.

Menurut Annuar, langkah itu membolehkan rakyat mengenali semua calon bertanding, sebelum membuat pilihan masing-masing.

“Langkah ini juga selari dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan virus COVID-19 yang masih wujud dalam negara ketika ini,” katanya.

Beliau turut menasihati semua pihak yang bertanding, termasuk kepimpinan parti agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

“Kalau boleh semua pemimpin tidak terlalu banyak membuat kenyataan menyinggung mana-mana pihak, saya tidak tujukan pada sesiapa tetapi kurangkan kenyataan yang boleh merenggangkan adalah lebih baik,” jelasnya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad