web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Sahkan Muda Tanding PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:57AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding.

“MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi MUDA. MUDA adalah perubahan bagi Johor.

“Jadi, marilah kita bersama-sama membina Johor yang bersatu padu dan sejahtera. Mari Bersama MUDA,” kata Syed Saddiq menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, malam tadi.

Syed Saddiq yang juga pengasas MUDA sebelum ini dilaporkan mengumumkan parti itu telah didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 23 Disember 2021.

Pada 25 Januari lepas, Pengerusi MUDA Johor Mohd Azrol Ab Rahani dilaporkan berkata Syed Saddiq mungkin bertanding pada PRN Johor selain mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon PAS Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti-parti politik yang bertanding. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad