web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mazlan Bujang Keluar BERSATU, Isytihar Sokong Hasni

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 8:41PM

Mazlan Bujang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengesahkan beliau bukan lagi ahli mana-mana parti politik.

Bekas Ketua BERSATU Tebrau itu berkata, pengundurannya dari parti berkenaan turut diikuti 23 yang lain, terdiri daripada ketua cawangan dan ahli jawatankuasa BERSATU Tebrau.

Memilih untuk menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN), Mazlan berkata beliau turut mengambil pendirian untuk menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

"Setelah menilai dan menimbang sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras maka saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua BERSATU Bahagian Tebrau berkuatkuasa serta-merta dan keluar daripada parti. 

"Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha BERSATU Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa BERSATU Tebrau. Saya juga mengisytiharkan bahawa saya kini tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi menyokong BN," katanya ketika sidang media di Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini, hari ini. 

Menurut Mazlan, sokongan diberikan kepada BN dan Hasni adalah bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri yang lebih baik untuk kebaikan rakyat Johor.

"Keputusan ini saya buat berdasarkan keperluan untuk mewujudkan semula kerajaan negeri yang stabil, kepimpinan diyakini dan juga berdasarkan kegagalan dua kepimpinan menteri besar sebelum ini untuk mentadbir Johor dengan baik.

"BERSATU dan parti Pakatan Harapan (PH) Johor juga dilihat gagal mengemukakan calon menteri besar yang layak mentadbir negeri Johor," jelasnya. 

Pada masa sama, beliau turut menyeru semua ahli dan penyokong BERSATU untuk bermuhasabah diri dan menyokong kepimpinan Hasni dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Mazlan sebelum ini memberi bayangan untuk meninggalkan BERSATU, susulan keretakan hubungan bersama Pengerusi BERSATU Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden parti berkenaan.

Difahamkan, sejak bekas Perdana Menteri kelapan itu memegang jawatan berkenaan, Mazlan tidak pernah menghadiri mesyuarat Ketua Bahagian Johor.

Ketika diminta mengulas mengenai khabar angin pembubaran DUN sebelum ini, beliau turut menyatakan hasrat untuk bersara dari politik. – Getaran, 27 Januari 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad