web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terlalu Awal Bicara Isu MB Johor - Maszlee Malik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 1:08PM

Dr Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menegaskan masih terlalu awal untuk berbicara mengenai calon Menteri Besar Johor bagi Pakatan Harapan (PH).

Tegas beliau, fokus utama PH ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu.

“Terlalu awal untuk bicara isu Menteri Besar (MB). Fokus untuk memenangi PRN dahulu,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut Maszlee, keputusan akhir mengenai urusan pelantikan Menteri Besar Johor selepas mana-mana parti mendapat mandat rakyat tertakluk kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Pelantikan MB adalah kuasa mutlak Tuanku Sultan,” katanya.

Baru-baru ini nama Maszlee disebut-sebut sebagai antara calon MB Johor seandainya PH memenangi PRN kali ini.

Malah bekas Menteri Pendidikan itu turut dikaitkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang pada PRN Johor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi itu dimenangi Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menewaskan pencabarnya Murugan Muthu Samy (PH) dan Mohd Jubri Selamat(Pas) dengan majoriti tipis 364 undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi turut menyifatkan Maszlee sebagai pemimpin berpotensi untuk mengetuai kerajaan Johor.

“Seperti mana dalam PRN Melaka PH menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri, PH juga wajar menamakan calon MB untuk menarik keyakinan pengundi di Johor.

“Saya cadang agar diletakkan YB Dr @Maszlee Malik sebagai calon dalam PRN Johor dan dinamakan sebagai calon MB sekiranya PH diberi mandat,” katanya lagi.

Walaupun kerusi DUN Layang-Layang secara tradisional ditandingi PKR, DAP dilihat turut berminat terhadap kerusi tersebut.

Manakan tidaknya, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Marina Ibrahim telah pun bergerak aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan itu sejak dua tahun lepas.

Bagaimanapun Marina berkata, dia menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan berhubung spekulasi pencalonannya itu. - Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran