web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi 18, Pengundi DUN Johor Bertambah 30 Peratus

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 7:44AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Undi 18 bakal menambah hampir 750,000 pengundi baharu bawah 21 tahun untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Persatuan Pengundi Muda (UNDI18).

Jurucakap UNDI18 berkata, jumlah tersebut adalah penambahan hampir 30 peratus kepada bilangan pengundi sedia ada.

“Dengan adanya pendaftaran pemilih automatik, pemilih yang layak tidak perlu lagi mendaftar sebagai pemilih. 

“Pengundi hanya perlu melakukan semakan pemilih melalui portal mysprsemak.spr.gov.my untuk menyemak status kawasan lokaliti tempat pengundian mereka,” katanya.

Menurut beliau, PRN Johor bakal menyaksikan detik bersejarah apabila anak muda berumur 18, 19 dan 20 tahun buat kali pertama dibenarkan untuk menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.

“Justeru, kami menyeru semua belia di Johor untuk mengambil peluang PRN bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi muda. 

“Ini merupakan kali pertama belia berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dalam mana-mana pilihan raya setelah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 14 Januari 2022,” ujarnya.

UNDI18 juga jelas beliau, mengharapkan penglibatan lebih besar dalam kalangan anak muda sebagai calon dalam PRN Johor.

Kata persatuan  itu, parti politik yang bertanding disaran untuk menampilkan muka baharu khususnya dari kalangan anak muda, untuk terlibat dalam penggubalan dasar kerajaan negeri memandangkan golongan ini memegang peratus besar sebagai pengundi dalam pilihan raya kali ini.

“UNDI18 juga dengan ini akan melancarkan inisiatif #UndiJohor sebagai platform bagi menggalakkan penglibatan golongan anak muda secara langsung mahupun tidak langsung demi membudayakan amalan demokrasi negara.

“UNDI18 akan memberikan dinamik baharu dalam sistem demokrasi negara dengan penglibatan rakyat yang lebih besar, dan bakal menjadi penanda aras penting sentimen anak muda dalam pilihan raya akan datang,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Tangkis Fitnah Di Media Sosial, Geng Perpaduan Dilancar Untuk Pengundi Muda

4

Politik 3 tahun yang lalu

Gabungan Parti Dalam Kerajaan Perlu Bersikap Terbuka, ‘Jika Sudah Benarkan Jangan…’

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad