web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laksanakan Persempadanan Semula Elak Diskriminasi Pengundi Muda - BERSIH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 9:13PM

BERSIH menggesa persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan susulan pelaksanaan Undi 18 dan supaya tidak berlaku diskriminasi terhadap lebih 5.8 juta pengundi muda. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan segera agar tidak berlaku diskriminasi undi terhadap lebih 5.8 juta pengundi muda, ekoran pelaksanaan Undi 18.

Menurut BERSIH, usaha itu harus dilakukan segera, khususnya di kawasan bandar, susulan kebanyakan pengundi baharu akan tertumpu di kawasan padat pengundi di pusat bandar.

Katanya, ia kerana di kawasan itu terdapat banyak peluang pekerjaan dan pendidikan yang menarik pengundi muda ke situ.

“Persempadanan kawasan boleh dilaksanakan tanpa menunggu genapnya jurang lapan tahun selepas pelengkapan kajian sempadan lalu, iaitu selewat-lewatnya pada 2023 untuk Sarawak, 2025 untuk Sabah dan 2026 untuk Semenanjung di bawah Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Jika persempadanan ini tidak dilakukan dan tiada tindakan alternatif berhubung perkara itu, ramai pengundi baharu akan merasa tertipu kerana percaya mereka ada kuasa untuk menentukan masa depan negara dan diri sendiri, tetapi undi mereka tidak bernilai berbanding undi orang lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Gabungan itu berkata, menurut Perkara 113(3) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula mesti dijalankan bagi memenuhi kehendak ‘lebih kurang sama banyak’ dan ‘pemeliharaan hubungan tempatan’ untuk mana-mana negeri yang mengalami perubahan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, BERSIH menegaskan, persempadanan semula boleh memburukkan diskriminasi undi terhadap pengundi baharu atau lama jika proses berkenaan disalah guna untuk menguntungkan parti tertentu, bukannya memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, BERSIH mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan bilangan pengundi baharu bagi kawasan di setiap 222 Parlimen dan 600 DUN supaya rakyat boleh menilai skala masalah dihadapi.

“BERSIH turut menggesa Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Hal Ehwal Pilihan Raya (JPKP-HEPR) membincangkan perubahan kerusi Parlimen untuk memindahkan kerusi daripada negeri yang kurang pengundi ke negeri yang banyak pengundi.

“Perubahan ini perlu dilakukan tanpa mengubah jumlah kerusi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan pembahagian tidak sekata dalam negeri serta amalan gerimander,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad