web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Sertai PAS Bukan Atas Dasar Individu' - Khairuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 9:11AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Penyertaan saya dalam PAS bukan atas dasar individu atau kepentingan diri namun demi membawa obor Islam," tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau menyatakan demikian bagi memberi penjelasan kepada orang ramai selepas dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Rabu lalu.

Katanya, prinsip terbabit merupakan baiah dan aku janji setiap ahli PAS.

“Pada posisi mana pun seorang ahli dan pimpinan PAS berada, dia perlu terus memperjuangkan tujuan parti ditubuhkan dan melakukan semua usaha untuk mencapai tujuan tersebut.

“Ini sebagaimana digariskan dalam Fasal ke-5 dan ke-6 Perlembagaan PAS,” katanya. 

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Dalam melaksanakan tujuan dan usaha itu, Mohd Khairuddin berkata, seseorang tidak perlu takut dan bimbang terhadap sebarang celaan dan kritikan daripada mana-mana pihak.

“Ini seperti yang dididik oleh Nabi Muhammad SAW dalam baiahnya bersama para sahabat daripada Yathrib ketika di ambang hijrah baginda,” katanya.

Kelmarin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pengguguran Mohd Khairuddin sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diputuskan menerusi mesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu disingkirkan daripada kepimpinan tertinggi PAS.

“Urusan itu dikendalikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Itu biasa dalam parti, tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan atau ditukar itu, biasa,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan PAS mempunyai alasan berbuat demikian, termasuk menentukan menasihati atau menukarkan jawatan mana-mana ahli yang tidak mematuhi disiplin.

Katanya, mereka juga boleh digantung keahlian, mahupun dipecat daripada parti.

Terdahulu, Khairuddin yang tewas dalam pemilihan pusat parti itu dilantik semula ke jawatan tersebut pada November lalu bersama Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Aziz.

Pengguguran beliau bagaimanapun membuktikan Khairuddin hanya memegang jawatan terbabit kurang daripada dua bulan selepas dilantik. – Getaran, 16 Januari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC