web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Di Sibu Tak Halang Pengundi Laksana Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 1:17PM

Hujan lebat di bandar Sibu hari ini tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Sarawak ke-12 di Pusat Mengundi SK Perbandaran Sibu No.4 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Hujan lebat yang melanda Sibu pagi ini tidak menghalang pengundi, termasuk Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini.

Wong, calon PSB bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan tiba bersama isteri Datin Sri Pauline Leong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua pada 8.44 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian. 

Turut mengundi di pusat sama ialah calon GPS bagi kerusi Bawang Assan Senator Robert Lau Hui Yew yang tiba pada 9.55 pagi. 

Sebelum itu, kira-kira setengah jam selepas pusat pengundian mula dibuka pada 7.30 pagi tadi, hujan lebat dan angin kuat yang melanda menyebabkan kanopi petugas kesihatan di sini hampir rebah, sekali gus memaksa mereka berpindah ke tempat berbumbung. 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bawang Assan Suhaili Mohamed berkata petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah ditugaskan untuk membantu menyambut pengundi-pengundi yang tidak memiliki payung untuk ke tempat mengundi.

"Kita juga sudah menjangkakan hujan pada pagi ini sebab itu lebih 10 kanopi kita susun sebagai 'bumbung' dari laluan pagar utama ke bangunan berbumbung," katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun pemerhatian mendapati cuaca semakin bertambah baik pada pukul 9.40 pagi dan semakin ramai pengundi mula tiba di pusat mengundi yang memiliki sembilan saluran mengundi itu. 

Selain Wong dan Robert, persaingan merebut kerusi DUN Bawang Assan turut melibatkan calon DAP Amy Lau Bik Yin; Michelle Ling Shyan Mih (Parti Bumi Kenyalang) dan calon Bebas, Ricky Enteri.

Wong, 79, telah menjadi wakil rakyat bagi DUN Bawang Assan sejak 1981, sebelum ini bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN). 

Pada PRN ke-11 2016, beliau mempertahan kerusi itu sebagai calon langsung BN selepas menang dengan majoriti 4,131 undi.

Kerusi Bawang Assan mempunyai seramai 19,610 pengundi dengan nisbah 50:50 pengundi bumiputera dan bukan bumiputera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran