web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: 349 Calon Bakal Berentap

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 3:31PM

Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-12 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula hari ini menyaksikan seramai 349 calon layak bertanding dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadi rebutan paling banyak calon iaitu lapan penjuru.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pertandingan enam penjuru berlaku di tujuh DUN, lima penjuru (24), empat penjuru (33), tiga penjuru (13) manakala satu lawan satu di empat kawasan.

“Daripada 349 calon layak bertanding, 304 adalah lelaki dan 45 lagi adalah wanita,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Iskandar di sini selepas proses penamaan calon tamat hari ini.

Terdapat kira-kira 1.2 juta pemilih berdaftar pada PRN Sarawak ke-12 yang mempunyai 82 kerusi.

Beliau berkata calon tertua pada pilihan raya itu berusia 79 tahun iaitu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) di DUN Bawang Assan manakala calon termuda berumur 24 tahun dari DUN Batu Lintang (PKR) dan DUN Nangka (Parti Bumi Kenyalang).

Bagi pecahan mengikut usia, Abdul Ghani berkata terdapat lapan calon muda berusia 24 hingga 29 tahun bertanding pada PRN kali ini.

Seramai 37 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 50 calon berusia 40 hingga 49 tahun, 113 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun manakala 141 calon berusia 60 tahun ke atas.

Daripada keseluruhan 349 calon, 82 adalah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73); Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70); PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), Amanah (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima), PAS (satu) dan Bebas (30).

Menyasarkan 70 peratus pengundi Sarawak akan keluar mengundi, Abdul Ghani percaya ramai yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi, meskipun banyak tempat di Bumi Kenyalang sejak kebelakangan ini sering dilanda hujan.

“Boleh… (capai 70 peratus). Kita tahu rakyat Sarawak orang baik-baik dan akan tunaikan tanggungjawab (mengundi)," katanya.

Terdahulu proses penamaan calon selama satu jam yang bermula 9 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu, tanpa perarakan penyokong parti politik ke semua 82 pusat penamaan calon.

Pada sidang media sama, Abdul Ghani mengumumkan tempoh rasmi berkempen bermula sebaik tamat pengisytiharan senarai calon pilihan raya, dan berakhir pada 11.59 malam, 17 Disember.

Beliau berkata SPR menubuhkan 155 Pasukan Penguat Kuasa kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

Sementara itu beliau berkata penetapan 64 kawasan DUN yang dibenarkan berkempen susulan tidak mempunyai capaian internet tinggi, ditentukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Semalam SPR memaklumkan penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal sepanjang tempoh berkempen PRN Sarawak ke-12, hanya dibenarkan di 64 kawasan DUN yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi.

Selain itu SPR juga tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh pilihan raya negeri, kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.

SPR menetapkan pengundian awal pada 14 Disember dan hari pengundian pada 18 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran