web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Aktiviti Rentas Negeri Untuk Kempen Tak Dibenarkan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 5:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.

SPR dalam laman sesawang rasminya memaklumkan kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan melalui portal enterSarawak.

"Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak," katanya dalam dokumen SOP pencegahan COVID-19 PRN Sarawak yang dikemas kini hari ini.

SPR menegaskan aktiviti berkempen yang dibenarkan adalah terhad di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan tidak dibenarkan merentas DUN yang lain.

"Pengecualian diberikan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk mengemukakan 15 nama pemimpin kanan setiap parti yang bertanding bagi tujuan merentas DUN kepada JPBN Sarawak dan SPR.

"Hanya lima orang sahaja (maksimum) pemimpin parti kanan termasuk pegawai yang mengiring/pengawal/pemandu (tidak termasuk calon dan ejen pilihan raya) bagi setiap parti politik yang bertanding dibenarkan untuk merentas DUN bagi tujuan berkempen pada satu-satu lokasi dan masa. Semua yang terlibat hendaklah lengkap divaksinasi," tambah SPR.

Sementara itu, SPR menyatakan kebenaran untuk merentas sempadan daerah atau negeri bagi tujuan mengundi adalah tertakluk kepada arahan tetap yang sedang berkuat kuasa.

Menurut SPR, pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu menjalani ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi.

"Hanya pengundi yang didapati negatif COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada pihak  PDRM dibenarkan untuk keluar mengundi. Pengundi hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan seperti maklumat pemilih dari aplikasi MySPR Semak atau semakan dari portal SPR kepada pihak  PDRM untuk mendapat kebenaran keluar mengundi," kata SPR.

Bagi pengundi yang berstatus positif COVID-19, SPR tidak membenarkan mereka keluar dari tempat rawatan selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengundi.

Manakala pengundi berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada pegawai kesihatan daerah, pejabat kesihatan daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian, tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan.

"PUI dan PUS dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk pergi ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan," tambahnya.

SPR menetapkan hari penamaan calon esok manakala pengundian awal pula pada 14 Disember dan hari pengundian pada 18 Disember. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 35 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad