web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak Bermula Dengan Penamaan Calon Esok

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 4:37PM

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, manakala 14 Disember ini merupakan hari pengundian awal dan 18 Disember sebagai hari pengundian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula esok dengan proses penamaan calon di 82 pusat penamaan calon (PPC) seluruh negeri bermula pukul 9 pagi.

Tidak seperti sebelum ini, PRN ke-12 ini diadakan dalam suasana berbeza susulan pandemik COVID-19 iaitu setakat ini hanya Sarawak dan Kelantan masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara, manakala negeri-negeri lain sudah beralih ke Fasa Empat.

Bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hanya calon, pencadang dan penyokong calon atau mana-mana dua orang daripada mereka dibenarkan masuk ke PPC bagi mengemukakan kertas pencalonan calon.

Penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak dibenarkan masuk, begitu juga sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.

Bakal calon pula diberi tempoh sejam untuk mengemukakan borang pencalonan dan bagi memudahkan proses penamaan calon, bakal-bakal calon diseru agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Calon-calon dan parti politik diberi tempoh 12 hari untuk berkempen sebelum tarikh mengundi pada 18 Disember sepertimana ditetapkan SPR.

Undi awal pula ditetapkan pada 14 Disember.

Prosedur operasi standard untuk proses berkempen bagaimanapun sehingga hari ini belum diumumkan.

PRN Sarawak sebelum ini tidak dapat diadakan sebaik tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir 6 Jun lepas berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari 11 Januari sehingga 1 Ogos bagi mengekang penularan COVID-19.

Apabila darurat di seluruh negara berakhir, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Februari 2022.

Darurat ini ditarik balik pada 3 November yang menyaksikan DUN Sarawak terbubar secara automatik dan memberi laluan kepada PRN ke-12 di Sarawak dilaksanakan SPR.

Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan dan setakat semalam, jurucakap SPR memaklumkan 1,268 borang penamaan calon telah terjual.

PRN kali ini akan menyaksikan seramai 1,252,014 pengundi layak mengundi terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran dan seramai  46,565 individu dilantik bagi mengendalikan PRN Sarawak. - Bernama


PNW KAY KLS
 

Sunday , 05 December 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad