web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Persiapan Terakhir Menjelang Penamaan Calon Esok

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 2:15PM

Petugas SPR membuat kerja-kerja persiapan di Pusat Penamaan Calon N.73 Piasau bagi PRN ke-12 di Kompleks Islam Sarawak hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Petugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menjalankan persiapan terakhir bagi memastikan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan berlangsung esok berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Piasau, Siti Rohanie Yusof berkata pihaknya mengadakan raptai penuh proses penamaan calon pada 9 pagi tadi untuk memastikan segalanya berjalan lancar esok.

“Saya berharap pada hari penamaan calon esok semuanya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdapat 30 petugas SPR di PPC DUN Piasau selain dua wakil daripada Kementerian Kesihatan yang ditugaskan untuk menjaga khemah modular.

Pada PRN Sarawak ke-11, Piasau menyaksikan penyandang daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mewakili Barisan Nasional ketika itu, Datuk Sebastian Ting menang dengan majoriti 2,112 mengalahkan calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Alan Ling.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pula pada 14 Disember dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Disember. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad