web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohd Rafiq Lepas Dua Jawatan Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 12:06PM

Mohd Rafiq Naizamohideen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka hari ini, berkuat kuasa serta merta.

Beliau turut mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkenaan.

Mohd Rafiq berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi PN yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

“Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa mencukupi membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15),” katanya hari ini.

Menurut Mohd Rafiq, keputusannya melepaskan dua jawatan itu juga bagi membolehkan beliau memberikan segala fokus untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu serta BERSATU Bahagian Tangga Batu.

“Keputusan ini juga membolehkan saya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Rafiq memohon maaf di atas segala kekhilafan sepanjang beliau menjalankan tugas bagi kedua-dua jawatan yang dilepaskan itu. - Getaran, 26 November 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 9 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC