web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Melaka Tolak Kerjasama Dengan BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 3:26PM

Mohamad Ali (kanan) dan Abdul Razak pada sidang media mengumumkan tiada kerjasama pada PRN Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - UMNO Melaka memuktamadkan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kesemua enam bahagian UMNO di Melaka termasuk jawatankuasa memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU.

Beliau berkata, UMNO melalui semua ketua bahagian terbabit bersetuju untuk mengadakan hubungan yang terus dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu bersama PAS dalam menghadapi PRN.

“Ini jelas menunjukkan bahawa keputusan yang kami buat ini adalah kehendak akar umbi, di atas apa yang dilakukan oleh BERSATU kepada ahli UMNO terutamanya di Melaka.

“UMNO negeri Melaka melalui kesemua ketua bahagian, bersepakat dan bersetuju bahawa kita tidak akan bekerjasama langsung dengan parti BERSATU,” katanya.

Menurut beliau, ini jelas memberi gambaran kepada semua ahli UMNO supaya jentera yang akan digerakkan nanti tidak berbelah bahagi dalam proses membantu parti  memberi kemenangan kepada UMNO.

“Seluruh UMNO Melaka, tuan, puan sudah boleh bergerak dan jangan ada suara-suara kita hendak bersama atau tidak, ini kerana keputusan sudah kami buat.

“Kami dengan BERSATU terutama peringkat akar umbi memang tiada langsung hubungan dan ianya memberi gambaran bahawa jika ada hubungan dalam PRN ini maka ahli parti akan tidak bersetuju dengan apa juga keputusan untuk bersama dengan BERSATU,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, pihaknya kini akan memperkukuhkan lagi MN bersama PAS selain beliau sendiri ada mengadakan perjumpaan bersama Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek.

“Kepada parti PAS, kami menyeru untuk kita bersama dan saya ada berjumpa dengan Datuk Kamarudin memberikan kenapa kita perlu bersama,” katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abd Rahman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridzuan Mohd Ali; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman dan Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka, Mohd Noor Helmy Abdul Halim. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

3

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Politik 2 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad