web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Rundingan Kerusi PH Dimuktamad Esok - Gue Teck

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 4:56PM

Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Gue Teck (dua dari kiri) menjelaskan, PH masih memiliki enam kerusi ‘kosong’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan kerusi membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya esok.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih lagi ‘mengintai’ dua kerusi tambahan menerusi pilihan raya itu dan mengekalkan lapan kerusi yang ditandinginya pada 2018.

Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Datuk Gue Teck menjelaskan, PH masih memiliki enam kerusi ‘kosong’ selepas BERSATU meninggalkan gabungan tersebut dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, PKR berharap sekurang-kurangnya dua kerusi akan diberikan kepada parti berkenaan untuk PRN.

“Semua ketua parti PH Melaka akan memuktamadkan rundingan pengagihan kerusi dalam tempoh terdekat.

“Perbincangan setakat ini adalah positif dan keputusan akan diberikan pada kadar segera. Sekiranya memerlukan penyelarasan, maka isu pengagihan akan dipanjangkan kepada perbincangan di peringkat pusat,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari mengesahkan blok tersebut akan meletakkan calon di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, muafakat yang dimiliki PH dan strategi diatur diyakini mampu memberikan kata putus pada kadar segera, sekali gus memenangi PRN 20 November nanti.

Dalam pada itu, Teck yang juga penyandang kerusi DUN Kelebang menegaskan, PKR tidak akan sesekali bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), BERSATU atau PAS di PRN Melaka.

Pada masa sama beliau menjelaskan, pihaknya juga tidak pernah menerima tawaran daripada semua parti terbabit bagi menyatakan kerjasama.

“Keputusannya bagaimanapun bergantung kepada perundingan. Tanggapan bahawa empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meninggalkan PN telah bersama PH adalah tidak tepat.

“Mengenai kedudukan Norhizam Hassan Baktee, PH tidak menerima penyandang kerusi Pengkalan Batu itu, tetapi kerjasama dengannya boleh dipertimbangkan, seperti mana PH bekerjasama dengan PEJUANG,” katanya.

Majlis Presiden PH sebelum ini membuat keputusan bahawa Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu tidak akan dijadikan sebagai calon dalam PRN Melaka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

Majlis Presiden PH juga bersetuju melantik Adly Zahari mengetuai jentera pilihan raya PH Melaka dalam PRN nanti. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC