web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Masih Bersama Kerajaan, Tumpu Berkhidmat Untuk Rakyat - Norhizam

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 1:02PM

Datuk Norhizam Hassan Baktee - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kekal dengan pendirian menyokong pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Beliau sebelum ini antara individu disebut dan dikaitkan dengan tiga lagi ADUN yang kononnya akan melompat dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Susulan desas desus itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan bakal bertukar.

Menurut Norhizam, beliau masih menyokong kerajaan dan tidak menerima sebarang tawaran ‘lompat kem’ daripada mana-mana pihak.

Beliau berkata, tumpuan serta tanggungjawab utamanya sekarang ini adalah turun padang dan bekerja untuk rakyat.

“Setakat ini saya masih sokong sepenuhnya kerajaan yang ada sekarang ini. Saya tiada masa hendak bercerita pasal politik, hari-hari buat kerja.

“Malah setakat ini juga tiada orang ‘offer’ lagi. Mulut orang kita tidak boleh tutup, biarlah mereka mahu bercakap,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Norhizam mendakwa, pihaknya difahamkan tiada perjumpaan bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berlangsung seperti yang diperkatakan.

“Seperti tadi, kata sudah pergi ke TYT mana ada. Tiba-tiba nama saya terpalit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen  menegaskan, beliau tidak terbabit dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Melaka ketika ini.

“Saya tetap dengan pendirian untuk menyokong Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara dan Melaka terutamanya kesihatan serta ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Mohd Rafiq berkata, segala kemelut politik yang dicetuskan perlu dihentikan dengan segera. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

3

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Politik 2 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad