Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Pertikaian Logo PRU15 Akan Dirunding - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 5:48PM

Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Rundingan akan dibuat berhubung pertikaian logo yang akan digunakan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, ada pihak dalam PKR mencadangkan gabungan itu menggunakan logo parti berkenaan, tetapi pada masa sama, ia dibantah beberapa parti komponen PH.

"Saya hormat pandangan akar umbi yang menggesa pimpinan (PH) menggunakan logo PKR (dalam PRU15).

"Saya juga faham dalam konteks PH, ada gesaan daripada teman-teman supaya guna logo PH, jadi biarlah kita berunding secara baik untuk dapatkan penyelesaian secara baik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Terdahulu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Bagaimanapun, Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong, mencadangkan agar barisan pembangkang atas dasar kebersamaan parti, bersepakat di belakang logo PH pada pilihan raya akan datang.

Dalam PRU14, calon-calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggunakan logo PKR selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang membubarkan sementara pendaftaran parti itu berkenaan.a

Sebelum ini, dalam satu kenyataan, Lee berkata, penggunaan logo sebuah parti bagi mewakili komponen lain dalam sebuah pakatan politik dilihat sebagai tindakan yang agak mementingkan diri serta tidak menghormati kuasa dan kemampuan parti lain. - Getaran, 16 September 2021

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Pecah Amanah Pegawai KESEDAR Jejas Imej KKDW - TPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route - Zambry