web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Borak Foto Episod 7 - Legasi Pak Wan Fotomedia Terus Subur

Podio Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 4:18PM

Ikhlas Ridzuan menceritakan sejarah bagaimana dia memulakan kerjaya dalam bidang fotografi terutama fotografi perfileman. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Dik, ko ambik kamera, shoot gambar kawan-kawan, nanti ayah nak tengok.”

Itulah pesanan Allahyarham ayahnya yang menyebabkan Ikhlas Ridzuan terpaksa mengendalikan kamera buat kali pertama. Sejak itu, anak ketiga dalam keluarga Redzuan Ahmad itu tidak lagi menoleh ke belakang dan meneruskan legasi ayahnya dalam bidang fotografi terutama fotografi dan sinematografi di dalam bidang perfileman.

Keluarga ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana selain anak-anak, Allahyarham Pak Wan telah melahirkan ribuan jurufoto yang ada di negara ini selepas bertapak di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak keterlaluan jika mengatakan sebiji batu kalau dilempar ke sekumpulan jurufoto, dua atau tiga adalah anak didik Pak Wan.

Ikhlas ketika ditemubual oleh Mohd. Hazli Hassan (kanan). - Gambar oleh Sairien Nafis
Ikhlas ketika ditemubual oleh Mohd. Hazli Hassan (kanan). - Gambar oleh Sairien Nafis

Kali ini, audio siar Borak Foto - Podio menjemput Ikhlas untuk menceritakan sejarah dia bagaimana dia memulakan kerjaya dalam bidang fotografi terutama fotografi perfileman sejak dijentik jiwanya oleh Allahyarham Pak Wan sekitar tahun 70-an sehinggalah sekarang, di mana beliau masih lagi memegang kamera.

Malah, tidak ramai yang tahu, Ikhlas juga merupakan antara pengasas Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992 yang merupakan suara  terhadap kebajikan, dasar dan perjuangan hal ehwal kerjaya bagi pekerja filem di Malaysia.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan (Bobo) manakala kejuteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

3

TARA 3 tahun yang lalu

LIMA'23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

4

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto Musim 2 Ep 5: Jurufoto Bawah Air Bukan Sekadar Kena Ada Kamera - Irwan Ismail

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ