Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19 Masih Membimbangkan, Pembukaan Semula Sekolah Perlu Diperhalusi

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 6:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya memperhalusi kembali keputusan membuka sesi persekolahan secara berperingkat mulai September ini, memandangkan situasi COVID-19 masih membimbangkan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, keputusan tanpa penelitian terperinci dibimbangi mewujudkan situasi tidak selamat dalam kalangan guru, pelajar dan kakitangan, selain dikhuatiri mencetuskan kluster sekolah.

Katanya, KPM juga perlu memantau situasi semasa COVID-19 sebelum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung kesesuaian tempoh untuk mengembalikan sesi persekolahan secara bersemuka.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan
Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan

“Keputusan KPM ini harus diperhalusi atas beberapa faktor, seperti jumlah kes masih tidak menurun ketara, imuniti kelompok 80 peratus populasi negara belum dicapai dan kesemua golongan guru serta pelajar yang akan menghadiri kelas bersemuka masih belum menerima vaksin penuh.

“Selain itu, keadaan varian virus COVID-19 yang semakin merebak pantas dan situasi negeri yang kemungkinan masih belum dikategorikan sebagai fasa kedua pada September nanti harus diambil kira dalam membuat keputusan kerana dalam suasana ini, sukar untuk memulakan sesi persekolahan bersemuka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Ali berkata, pemerhatian rapi juga perlu diberikan terhadap operasi kedai menjual barangan pendidikan, seperti kedai buku, alat tulis dan koperasi sekolah serta kepatuhan mereka terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kita perlu pastikan PdP dijalankan secara bersemuka nanti selamat, sejahtera dan dilaksanakan dalam keadaan benar-benar bersedia.”

Menurut beliau, PIBGN akan mengajukan permohonan kepada KPM untuk membuat perancangan segera untuk mempercepatkan vaksinasi kepada guru, pelajar serta kakitangan sekolah, bagi membolehkan golongan itu lebih selamat apabila sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dimulakan.

Jelasnya, sekiranya kerajaan boleh memberikan vaksin secara bersasar kepada pekerja kilang, pastinya tidak ada masalah untuk melaksanakan langkah sama ke atas guru, pelajar dan kakitangan sekolah.

Mohamad Ali menarik perhatian, langkah itu boleh dikendalikan menerusi pembukaan pusat pemberian vaksin di sekolah tertentu atau kemudahan mobil bergerak.

“Semua perkara ini perlu diambil kira supaya apabila sekolah dibuka, pengendaliannya akan lebih lancar tanpa masalah susulan.

“Apa paling penting, kita perlu pastikan PdP dijalankan secara bersemuka nanti selamat, sejahtera dan dilaksanakan dalam keadaan benar-benar bersedia, bukan ‘sekejap tutup, sekejap buka’,” katanya.

Semalam, KPM memaklumkan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos ini, manakala sesi persekolahan bersemuka bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 September depan.

“Bagaimana KPM boleh memberi jaminan bahawa mereka ini yang akan ke sekolah tidak berisiko menjadi pembawa virus COVID-19 ke dalam keluarga mereka?”

Pengumuman itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa COVID-19 dan perbincangan bersama antara KPM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, mengulas mengenai pengendalian PdPR sehingga akhir Ogos, pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, pelaksanaan kaedah terbabit sewajarnya diteruskan sehingga hujung tahun iaitu tamat sesi persekolahan 2021 demi kebaikan semua pihak, khususnya ibu bapa dan pelajar.

Kewajaran itu, katanya, bersesuaian dengan beberapa faktor, antaranya pemakluman KKM bahawa golongan di bawah umur 18 tahun tidak akan divaksin walaupun mereka terdedah dan berisiko tinggi terhadap jangkitan varian baharu COVID-19.

Justeru, jelas beliau, pembukaan sekolah tidak sepatutnya dilakukan atau diumumkan sehingga KPM mempunyai SOP jelas dan berkesan bagaimana untuk menguruskan pelajar yang dikategorikan sebagai ‘tiada vaksin’ itu.

“Sepatutnya KPM membuat keputusan untuk meneruskan PdPR sehingga hujung tahun 2021.”

“Setiap pelajar juga mempunyai keluarga, jadi bagaimana KPM boleh memberi jaminan bahawa mereka ini yang akan ke sekolah tidak berisiko menjadi pembawa virus COVID-19 ke dalam keluarga mereka dan bolehkah tanpa jaminan keselamatan, sekolah dibuka semula?

“Selain itu, amalan PdPR sepanjang 15 bulan lalu diamalkan dengan pelbagai penambahbaikan daripada guru, malah kesan baik usaha berkenaan boleh dilihat melalui prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang dilaporkan terbaik dalam tempoh lima tahun lalu dan ini menjadi antara sebab tiada keperluan bagi KPM untuk membuka sekolah secara tergesa-gesa pada September 2021,” katanya.

Anuar berkata, faktor lain adalah jika terdapat ibu bapa yang masih tidak bersedia membenarkan anak-anak mereka ke sekolah semula pada September nanti atas faktor keselamatan dan kesihatan.

“Jika keadaan ini berlaku, adakah mereka bersedia menimbangkan pelaksanaan PdPR secara serentak dengan PdP bersemuka. Adakah guru perlu melakukan dua beban pengajaran dan adakah adil kepada murid yang tidak hadir ke sekolah kerana kebimbangan ibu bapa mereka, jika PdPR tidak lagi dilaksanakan selepas sekolah dibuka semula?

“Sepatutnya KPM membuat keputusan untuk meneruskan PdPR sehingga hujung tahun 2021 kerana itu lebih praktikal, teratur dan sesuai,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 19 jam yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP