web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan STPM Diumum 1 Julai - MPM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 11:39AM

Keputusan STPM 2020 akan diumumkan pada 1 Julai, mulai 12 tengah hari. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai mulai jam 12 tengah hari. 

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian boleh mendapatkan keputusan masing-masing mengikut empat kaedah.

“Semakan keputusan penuh (slip keputusan) boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai (Khamis) mulai jam 12 tengah hari.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS) ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>Nombor MyKad<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 6886 pada 1 Julai mulai jam 11 pagi sehingga 9 Julai jam 12 tengah hari,” kata MPM di sini hari ini.

Selain itu, menurut kenyataan MPM itu lagi, kaedah ketiga adalah keputusan akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon mulai jam 11 pagi, tarikh yang sama.

“Terakhir, bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ sekolah akan mengenalpasti calon tersebut.

“Mereka akan dimaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad