Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hampir 80,000 Calon Lepasan SPM Ditawarkan Ke Universiti Awam - KPT

Pendidikan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:27PM

KPT hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 79,668 daripada 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian melalui UPUOnline, ditawarkan tempat ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

Menurut kenyataan itu seramai 65,243 calon SPM pula, ditawarkan melanjutkan pengajian di politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), yang menawarkan program pengajian peringkat sijil dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Sebanyak 500 program pengajian ditawarkan bagi sesi 2023/2024, iaitu 47 pengajian asasi, 309 (diploma), satu (ijazah sarjana muda) dan 143 (sijil).

“Kemasukan pelajar ke institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” menurut kenyataan itu.

Prinsip meritokrasi ialah berasaskan 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

“Seramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA, politeknik, KK dan ILKA bagi program lepasan SPM,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan KPT itu memaklumkan secara keseluruhan, tawaran laluan khas ialah sebanyak 14,619 iaitu 13,649 tawaran diberikan kepada calon dari keluarga B40, 346 kepada orang kurang upaya (OKU), 335 (atlet), 289 (Orang Asli) dan 26 calon yang merupakan lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengenai calon yang tidak mendapat tawaran, KPT memaklumkan antara faktor kegagalan ialah tidak memenuhi syarat am atau syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutama bagi program kompetitif dan kedudukan merit rendah.

KPT mempelawa mereka untuk membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai hari ini sehingga pukul 5 petang pada 16 Julai ini.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM tidak membuat permohonan melalui UPUOnline atas beberapa faktor, antaranya telah mendapat tawaran menyambung pengajian di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan, institut pendidikan guru, institusi pengajian tinggi swasta dan Majlis Amanah Rakyat. - Bernama

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran