web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Diumum Isnin Ini - KPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 9:57AM

Semakan keputusan tawaran dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian atau di sekolah asal masing-masing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi  murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin) , menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan semakan keputusan tawaran dan pendaftaran itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/, manakala murid yang tidak mempunyai capaian Internet, boleh menyemak keputusan di sekolah asal masing-masing.

Bagi murid yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan sama atau melalui sekolah masing-masing mulai 3 hingga 17 Julai 2023.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama atau dimaklumkan pihak sekolah bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 17 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran, manakala pengambilan rayuan, tarikh lapor diri pada 25 Julai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan