web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


39 Kakitangan MCMC Kumpulan Pertama Berjaya Tamat Pengajian Di UTM

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 11:49AM

Dr Ahmad Fauzi Ismail, Dr S.Murugappan dan Prof Dr Rosmini Omar ketika sesi bergambar bersama 39 graduan MCMC yang menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) sempena Konvokesyen UTM ke-16 di UTM Skudai hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 39 graduan yang merupakan kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata kakitangan yang terdiri daripada pegawai di pelbagai peringkat itu mengikuti Accelerated Leadership Programme (ALPs) iaitu program pembangunan kepimpinan kerjasama antara UTM dengan MCMC sejak 2019.

Beliau berkata objektif utama kerjasama adalah bagi membentuk dan mengoptimumkan potensi bakat dalam kalangan kakitangan MCMC sebagai pemimpin masa hadapan, khususnya dalam kepimpinan digital. 

“Kesemua graduan ini ialah kumpulan pertama (tamat pengajian) dan perintis bagi program ALPs, jadi kita akan terus perkasa program ini untuk memastikan lebih ramai penyertaan graduan daripada MCMC.

“Sepanjang tempoh pengajian, (graduan) mempelajari aspek pemikiran strategik pemimpin dalam membawa transformasi kepada organisasi, memanfaatkan teknologi digital dan sumber yang ada selain membuat perubahan untuk memupuk budaya organisasi yang tertumpu kepada penglibatan dan pencapaian cemerlang,” katanya pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-66 (MK66), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Modal Insan MCMC Dr S. Murugappan.

Ahmad Fauzi berkata ALPs ialah projek utama di bawah Azman Hashim International Business School (AHIBS)-UTM bersama MCMC, yang menawarkan program MBA standard global yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

“Keunikan program ALPs ini juga ditambah nilai dengan jalinan meluas bersama industri melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, antaranya Microsoft, DHL, AmBank dan Silverlake. 

“Di samping itu, seramai 13 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berpengaruh daripada organisasi ternama juga telah berkongsi pengalaman mereka tentang amalan terbaik mentadbir urus organisasi sepanjang program berjalan,” katanya yang menjelaskan graduan turut membuktikan kecemerlangan dan kepimpinan hasil kemenangan menerusi pertandingan di peringkat global dalam simulasi perniagaan.

Sementara itu, Murugappan berkata kakitangan yang melanjutkan pelajaran mempunyai bakat dan potensi tinggi serta menjalani proses pemilihan yang teliti, sebelum disenarai pendek untuk memulakan program ALPs di bawah inisiatif Program Pembangunan Kepimpinan MCMC.

“Program ini merupakan sebuah inisiatif strategik selaras dengan komitmen MCMC dalam mempersiapkan pemimpin masa hadapan yang berpotensi untuk mengambil alih tampuk kepimpinan MCMC kelak.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian kesemua bakat kami dan satu daripada pencapaian itu terbukti hari ini dengan kesemuanya menerima sarjana masing-masing, tahniah diucapkan," katanya.

Beliau pada masa sama meletakkan sasaran agar lebih ramai kakitangan menyertai program itu yang ditaja sepenuhnya oleh MCMC.

Terdahulu, antara kakitangan MCMC yang berjaya menamatkan pengajian iaitu Md Tahir Musa dan Shirley Kuan, masing-masing menzahirkan ucapan penghargaan dan berazam untuk memberikan sumbangan kepada agensi itu.

“Kami berhasrat untuk menyambung lagi pelajaran di peringkat seterusnya, dalam masa sama mahu menyumbang kepada MCMC. Banyak pembangunan modal insan diberi kepada kami dan kami mahu beri sumbangan semula,” kata Md Tahir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar