web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


28,278 Pelajar IPTA Terima WPP Dengan Peruntukan Sebanyak RM42.4 Juta - PTPTN

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 1:58PM

PTPTN telah menyediakan WPP berjumlah RM42.4 juta kepada 28,278 pelajar yang berjaya masuk ke IPTA bagi kemasukan sesi Oktober 2022. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) dengan peruntukan berjumlah RM42.4 juta kepada seramai 28,278 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kemasukan sesi Oktober 2022.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, WPP berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang pelajar itu telah disalurkan kepada pelajar warganegara yang telah bersetuju menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh pihak PTPTN selain memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

“Tempoh sah laku WPP ini adalah selama dua bulan bermula 5 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022. Pelajar-pelajar boleh menunaikan WPP ini di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 5 Oktober 2022 dengan membawa surat tawaran WPP dan juga MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan).

“Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP mulai 5 Oktober 2022 lalu melalui portal rasmi PTPTN,” maklum kenyataan itu. 

Dalam kenyataan sama PTPTN turut memaklumkan pelajar yang telah membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi tempoh 1 September 2022 hingga 30 September 2022 boleh membuat semakan kelulusan pinjaman bermula semalam (11 Oktober).

“Pelajar yang belum mengemukakan permohonan, boleh membuat permohonan tersebut secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN sehingga 31 Oktober 2022 bagi kelompok kedua untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya,” maklum kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad