Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Graduan Sukar Pikat Majikan Kurang Skil, Kerja Kilang Dianggap Lemah Akademik

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 11:45AM

Graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu graduan lepasan universiti sukar mendapat pekerjaan dalam jurusan diikuti mereka bukan perkara baharu dan sering diperkatakan.

Namun baru-baru ini, seorang gadis mencuri tumpuan di media sosial apabila berkongsi kisahnya yang memiliki ijazah dalam bidang kimia tetapi kini bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Mengapa keadaan itu berlaku? Adakah peluang pekerjaan terutama dalam bidang sains pada hari ini terlalu terhad?

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpendapat, peluang pekerjaan dalam bidang tersebut masih ada walaupun ekonomi negara baru bangkit daripada pandemik COVID-19.

Bagaimanapun katanya, faktor utama keadaan tersebut berlaku disebabkan kualiti kebolehpasaran graduan itu sendiri.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

“Kadang-kadang ada graduan keluar jurusan sains, penguasaan bahasa Inggeris pun tak OK (bagus). Kebanyakan industri terbabit menggunakan bahasa Inggeris, jadi bila tak boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut, majikan pun tak boleh ambil dia.

“Jadi sudah tentu majikan akan ambil pekerja yang boleh beri keuntungan kepada syarikat. Tapi ada graduan salahkan majikan, itu tak betul. Kita nak mohon kerja, kita kena memenuhi keperluan penawar kerja. Itu asasnya,” katanya kepada Getaran.

Justeru beliau berkata, penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, seiring peredaran zaman.

“Ini berdasarkan pengalaman saya semasa menemuduga graduan. Tidak dinafikan ada graduan sangat berkualiti, mereka tak ada masalah mendapat pekerjaan. Mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik.

“Tapi mereka yang selalu tak dapat atau gagal sesi tersebut disebabkan tiada kemahiran berkomunikasi dengan baik. Nak bercakap bahasa Inggeris tak boleh, minta perkenalkan diri pun takut-takut dan malu-malu,” katanya.

Selain itu, Anuar berkata, terdapat juga graduan yang tidak sanggup berhadapan cabaran pada masa kini.

“Ada graduan yang saya temu duga tak nak keluar dari kampung dia. Bila kita nak posting dia jauh sikit, dia kata tak boleh. Dia nak duduk di negeri dia. Tak semua graduan macam tu, tapi saya dapati masih lagi ada pemikiran agak tertutup dari segi melihat peluang pekerjaan.

“Ada juga di antara mereka nak bekerja dengan majikan yang sanggup bayar gaji tinggi. Kita tahu bahawa hari ini kita kena mula dari bawah. Kita kena belajar benda baharu, ini proses terpaksa dilalui semua graduan,” katanya.

Menurut beliau, situasi graduan sukar mendapat pekerjaan memberi kerugian besar terhadap pelaburan kerajaan kepada sektor pendidikan negara.

“Ya, memang sangat rugi kalau seorang graduan sains, kemudian keluar tak dapat peluang pekerjaan. Sudahlah kerajaan melabur banyak duit nak buat makmal di universiti, nak bayar gaji pensyarah lagi.

“Bagi seorang pelajar, kerajaan melabur berbelas ribu, ada juga berpuluh ribu yang pelajar tak nampaklah. Sebenarnya kalau kita tengok data, pelajar bidang sains 30 peratus, manakala 70 peratus bidang sastera.

“Kalau dah 30 peratus, tak pula bekerja bidang itu, berapa sahaja tinggal? Jadi akhirnya kita kekurangan tenaga pakar dalam bidang sains dan teknologi, maka terpaksalah ambil orang luar,” katanya.

Mohamad Rizan Hassan
Mohamad Rizan Hassan

Sementara itu, Ketua Projek Belia Mahir, Mohamad Rizan Hassan berkata, kekurangan pekerjaan dalam bidang sains menunjukkan ia bukan kelemahan pelajar semata-mata, tetapi wujud kelompongan antara hubungan industri dan penyedia latihan.

“Jadi dalam konteks ini, penyedia latihan seperti universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seharusnya menawarkan kursus yang boleh memenuhi keperluan industri.

“Mereka juga harus mempunyai pemahaman atau pengetahuan jelas mengenai bilangan pekerjaan dalam bidang sains yang diperlukan oleh industri. Pihak universiti juga janganlah hanya fikir keuntungan sehingga menawarkan kursus ikut selera masing-masing.

“Ini dapat kita lihat kadang-kadang kursus ditawarkan dengan syarat kelayakan mudah, tapi akhirnya kesan kepada graduan bila keluar tak dapat kerja dan kualiti tidak memenuhi keperluan industri,” katanya.

Jelas beliau, sistem pendidikan di negara ini terlalu membudayakan sekolah ke universiti sehingga melupakan kepentingan pemahaman bahawa kerjaya perlu dimulakan di peringkat sekolah menengah.

“Kita tidak menekankan budaya sekolah ke kerjaya. Kita nak memberi pemahaman kepada pelajar di sekolah, apa kerjaya jangka masa panjang yang boleh mereka ceburi. Maka dari situ mereka cari pilihan jelas, memilih aliran atau laluan dikehendaki.

“Tapi soalnya sekarang, semua melihat masuk universiti itu adalah segala-galanya. Maka dapat masuk universiti walaupun kursus tersebut belum menjamin kerjaya, mereka sanggup belajar dalam bidang itu hanya sebab mereka nak masuk universiti.

“Soal bekerja hanya difikirkan enam bulan atau setahun selepas bergelar graduan. Ini sebenarnya perlu diubah. Jadi kita perlu beri sedikit autonomi khususnya kepada guru bimbangan dan kaunseling untuk bekerjasama dengan industri setempat bagi memberi input kepada  sekolah,” katanya.

Dalam erti kata lain, tegasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu membuka ruang kepada industri untuk ke sekolah bagi tujuan pemantapan dan pemahaman tentang kerjaya pada masa depan kepada pelajar.

Pada masa sama, beliau turut menasihati graduan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam keadaan ekonomi agak mencabar hari ini.

“Jangan memilih premis atau lokasi bekerja. Maksudnya ada satu pemikiran anak muda, terutamanya graduan bila belajar dalam graduan sains, mereka membayangkan akan bekerja di makmal ternama sebab nampak ‘cool’ (hebat).

“Sedangkan dalam sektor perkilangan memerlukan graduan ada latar belakang sains, tetapi stigma apabila bekerja di kilang ibarat satu hukuman hanya untuk mereka yang tak cemerlang (lemah) dalam akademik.

“Apabila sebut kilang terbayang pekerja asing dari Bangladesh dan Nepal, sedangkan ada jurutera, ahli kimia dan segala macam. Jadi ini yang saya tekankan pentingnya membudayakan dari sekolah ke kerjaya berbanding sekolah ke universiti,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 5 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki