web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Tanpa Penggiliran Bermula Hari Ini - Radzi

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 9:10AM

Kehadiran pelajar dan pengoperasian persekolahan akan dilaksanakan sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sesi persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula hari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata kehadiran pelajar dan pengoperasian persekolahan akan dilaksanakan sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

"Mungkin apabila sekolah dibuka semula, kita akan lihat bagaimana murid datang ke sekolah dan keadaan di luar yang semakin terbuka membuatkan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

''Oleh itu, saya menyeru jasa baik pihak kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru dan murid bagi memastikan kali ini sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup," katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Warga Pendidikan Negeri Kelantan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata dalam tempoh terdekat juga pihaknya akan mengemukakan garis panduan persekolahan 4.0.

Beliau berkata garisan panduan berkenaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih terbuka, selain pada masa sama memastikan segala ketetapan yang dibuat dapat dipatuhi.

“Ada yang persoal bila garis panduan pengurusan sekolah 3.0 akan ditambah baik, sedangkan untuk laksanakan sesuatu bukan boleh ditukar begitu sahaja.

''Pelaksanaan ini termasuk perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Kita perlu bincang satu persatu, apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan, garis panduan yang perlu dimasukkan dan sebagainya,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan