Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Biarkan Murid Terus Bawa Beg Berat Umpama Satu Penderaan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 9:08PM

Isu beg sekolah berat memerlukan perhatian serius memandangkan ia sudah berlanjutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian terbaik. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sampai bila murid di negara ini perlu membawa beg sekolah yang berat umpama memikul sekampit beras?

Bagai menanti buah tak gugur, isu beg berat itu bagai tiada kesudahan walaupun diperkata dan diperdebatkan sejak bertahun-tahun.

Terkini, tular video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan terduduk kerana tidak mampu mengangkat beg sekolahnya, lantaran ia terlalu berat.

Biarpun kejadian itu didakwa bukan di Malaysia, tetapi pemerhatian Getaran di media sosial mendapati, majoriti ibu bapa menyifatkan ia sebagai realiti sama dialami anak masing-masing.

Ada mendakwa anak mereka sampai jatuh ‘terlentang’ daripada kenderaan kerana menggalas beg terlalu berat, manakala tak kurang memaklumkan, tali beg anak terputus apabila beban digalas tidak berpadanan kapasiti.

Segelintir pula berkongsi kejadian menimpa anak masing-masing, antaranya seorang murid tahun dua mengadu sakit bahu hingga ke pergelangan tangan, belakang badan dan kepala apabila terpaksa memikul beg berat dan memanjat tangga ke kelas di tingkat paling atas pada setiap hari persekolahan.

Bukan sekadar ibu bapa, guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut bersimpati dengan nasib didepani murid serta menggesa penyelesaian segera berhubung masalah itu dimuktamadkan KPM.

Masing-masing meluahkan kebimbangan murid akan mengalami gangguan kesihatan, fizikal dan emosi sekiranya keadaan terbabit berterusan.

Kebimbangan itu ada asas kukuh apabila dibuktikan oleh kajian pakar, seperti ditulis seorang pegawai perubatan di media sosial, dikenali sebagai Dr Taufiq Razif.

Tulisan itu kemudian dikongsikan seorang guru dan pempengaruh di Facebook yang sering mengetengahkan topik serta memperjuangkan isu pendidikan, Mohd Fadli Saleh.

 

Minmin buka TikTok tadi. Melintas satu video fyp ni. Seorang kanak-kanak menangis sebab buku banyak sangat sampai tak muat beg. Dah macamana anak-anak kita nak seronok ke sekolah kalau part paling basic pun tak selesai masalah? Tu pun ada lagi orang atasan kata tak sahih. Jenis sorok kudis begini yang bahayakan seluruh sistem dan merosakkan. Jenis sapu sampah bawah karpet sendiri. Hmmmm. - Admin - #MFS

Posted by Mohd Fadli Salleh on Monday, January 31, 2022

Penulisan itu menyatakan, berat sebuah beg sekolah tidak boleh melebihi 10 peratus daripada berat anak.

Sebagai contoh, sekiranya murid berkenaan memiliki berat 20 kilogram (kg), mereka sepatutnya hanya membawa beg sekolah seberat dua atau kurang daripada tiga kg.

“Beg berat melampau pada anak boleh mencederakan otot di belakang badan anak, terutama otot erector spinae.

“Sebanyak 58.3 peratus kes sakit belakang pada murid sekolah dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat,” katanya.

Penulisan sama memaklumkan, kesan lain boleh dialami murid yang membawa beg sekolah berat adalah sakit kepala, sakit leher, bahu dan risiko skoliosis (tulang belakang bengkok ke tepi)

“Paling dirisaukan adalah efek jangka panjang ketika anak besar, jadi tolong sangat bila anak balik sekolah nanti, periksa dan timbang beg mereka.

“Elakkan beli beg beroda untuk anak, terutama jika mereka kena menaiki tangga untuk ke kelasnya,” katanya.

Dr. Mohamad Ali Hassan
Dr. Mohamad Ali Hassan

Mengulas isu sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, keadaan itu menyaksikan seolah-olah murid di negara ini sedang didera.

KPM tegas beliau, perlu segera mencari pendekatan dalam menangani masalah itu memandangkan ia sudah berlanjutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian terbaik.

Ditanya adakah wajar murid tahap satu ditempatkan di kelas di tingkat bawah berdasarkan saiz badan kecil dan lebih terbeban apabila terpaksa memikul berat, Mohamad Ali jelas sangat bersetuju langkah itu dilaksanakan.

“Saya juga berpandangan perlu ada keinsafan di antara kita, khususnya ibu bapa, guru dan KPM untuk memastikan anak-anak tidak dibebankan serta didera dengan isu beg berat.

“Kita lihat di negara maju mereka mementingkan pembelajaran menyeronokkan dan bukan ‘mendera’ pelajar dengan isu seperti beg berat ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohamad Ali berkata, sistem pembelajaran di sekolah juga perlu lebih sistematik, termasuk menekankan kepada pembentukan karakter murid, bukan semata-mata memfokuskan kandungan mata pelajaran.

Justeru, beliau berharap penjadualan mata pelajaran yang ditetapkan di bilik darjah benar-benar sistematik, tanpa memerlukan murid membawa beg berat dan sejumlah besar bahan rujukan ke sekolah setiap hari.

Menurut Mohamad Ali, negara maju sejak dulu menekankan kepada pembentukan karakter mendahului kandungan mata pelajaran.

“Kata orang karakter itu perlu dicari, ilmu boleh dipelajari. Bagi pandangan saya sepatutnya setiap hari persekolahan, setengah daripada sesi itu difokuskan untuk satu mata pelajaran.

“Manakala sesi berikutnya diajar satu lagi mata pelajaran dengan penyampaiannya perlu dilaksanakan secara menyeronokkan. Beg pun tak berat, itu penyelesaian sesuai bagi pandangan saya,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Ali berkata, sesi libat urus bagi membincangkan isu dan kaedah penyelesaian terbaik isu beg berat murid perlu diadakan secepat mungkin antara pihak pengurusan kementerian, ibu bapa, guru serta wakil kesatuan.

“Saya tidak mahu nanti keadaan fizikal anak-anak kita bila menginjak dewasa akan cacat disebabkan membawa beg berat dan emosi mereka terganggu.

“Perubahan sikap perlu dimulakan dari awal lagi dan ini juga PIBGN mahukan. Diharap ibu bapa, pihak sekolah dan kementerian bekerjasama untuk menghentikan penderaan ini terhadap anak-anak,” katanya. – Getaran, 31 Januari 2022
 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 1 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi