web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MQA-EMGS Komited Tarik Minat Pelajar Antarabangsa ke Malaysia

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 3:50PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) komited membantu kerajaan menarik minat pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya sudah menggariskan beberapa inisiatif dalam usaha merealisasikan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menarik minat 250,000 pelajar asing mengikuti pengajian di Malaysia menjelang tahun 2025.

Beliau berkata, antara inisiatif berkenaan termasuk kerjasama dengan EMGS bagi menyenaraikan program yang sudah mendapat akreditasi daripada MQA dalam Portal Meneroka Pendidikan Malaysia, agar memudahkan pelajar asing mendapatkan maklumat untuk menyambung pengajian di negara ini.

Katanya, MQA yakin kewujudan portal terbabit mampu menarik lebih ramai pelajar dari luar negara untuk menyambung pengajian di Malaysia, kerana segala maklumat mengenai program pengajian di IPT tempatan sudah dimuatkan dalam portal yang berfungsi ibarat sebuah pusat sehenti itu.

Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran
Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran

“Selain itu, MQA turut melancarkan inisiatif MQA Global bagi merancakkan lagi jalinan kerjasama berfokus dengan badan jaminan kualiti di peringkat antarabangsa.

“Melalui kerjasama berfokus ini, pelbagai inisiatif dapat diterokai antaranya program mobiliti, penandaarasan dan pelaksanaan persidangan serta webinar,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif MQA dan EMGS dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

Mengulas lanjut Mohammad Shatar berkata, sebagai Presiden Asean Quality Assurance Network (AQAN) sehingga 2023, MQA telah menstrukturkan di bawah Perancangan Strategik AQAN untuk terus memperkasakan agensi jaminan kualiti di Asia Tenggara agar imejnya sebaris dengan agensi di Eropah, Amerika dan Australia.

Katanya, dalam Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai yang bakal berlangsung pada 12 hingga 18 Disember depan, MQA akan berkongsi input program inovatif bertemakan pengajian sepanjang hayat dan pendidikan fleksibel, menerusi inisiatif Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) dan ‘micro-credentials’.

Pada ekspo sama, katanya, MQA juga bakal menandatangani perjanjian persefahaman dengan Knowledge and Human Development Authority, Dubai (KHDA) dan perbincangan berfokus bersama Commission for Academic Accreditation, Dubai (CAA).

“MQA sudah meneroka pelbagai aspek pendidikan fleksibel termasuk penerbitan garis panduan tentang pindah kredit Kursus Terbuka Dalam Talian (MOOC) dan ‘micro-credentials’ bagi tujuan penganugerahan yang merupakan antara penerbitan awal seumpamanya di dunia.

“Kita cuba mengetengahkan konsep bahawa pelaksanaan jaminan kualiti bukanlah penghalang kepada inovasi dalam pendidikan tinggi, malah menjadi pemangkin terhadap sesuatu inovasi pembelajaran untuk memudah penerimaan dan pengiktirafan,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran