Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laluan Khas Orang Asli Ke Universiti Galak Pencapaian Pendidikan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 12:03PM

Program SULAM akan membolehkan lebih ramai anak-anak Orang Asli melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan memperkenalkan program laluan khas kemasukan pelajar Orang Asli ke universiti seperti diumumkan Perdana Menteri, membolehkan golongan itu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakatnya.

Tokoh Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, sebagai negara berkonsepkan Keluarga Malaysia seperti diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kepentingan semua pihak dan komuniti tidak boleh diketepikan, termasuk menerima pendidikan terbaik.

“Saya sangat menyokong penuh dan mengalu-alukan usaha kerajaan menyediakan laluan khas kepada anak Orang Asli menuntut di universiti. Usaha ini sememangnya boleh dijayakan kerana kita ada banyak universiti terkemuka.

“Ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan keperluan anak Orang Asli dan pendidikan terbaik dimiliki nanti membolehkan mereka mengubah nasib masa depan diri serta keluarga,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Baru-baru ini, kerajaan menerusi inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperkenalkan Program Perkhidmatan Pengajian Universiti Malaysia Untuk Masyarakat (SULAM) yang menawarkan peluang kepada lebih ramai anak Orang Asli melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menurut Ismail Sabri, program itu sedang diperhalusi untuk proses kemasukan anak Orang Asli ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan bakal dilaksanakan seawal tahun depan.

Alimuddin Mohd Dom
Alimuddin Mohd Dom

Alimuddin berkata, usaha dilaksanakan kerajaan itu mampu memberikan keselesaan dan meningkatkan semangat golongan terbabit untuk terus menggapai kejayaan akademik.

“Jika kita lihat di Malaysia ketika ini, kebanyakan masyarakat Orang Asli masih ketinggalan daripada segi kemudahan infrastruktur, malah kadang-kadang penempatan mereka yang terletak di pedalaman tidak ada sumber elektrik dan air.

“Dalam kekurangan dan ketidakselesaan ini, sudah tentu ada antara anak Orang Asli sukar untuk mendapat pendidikan terbaik. Mereka juga susah untuk mengikuti tuisyen atau pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana ketiadaan peranti komputer serta akses internet,” katanya.

Pada masa sama, Alimuddin berkata, pihak universiti juga perlu menyambut baik usaha itu dengan menyediakan kemudahan dan bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pendidikan.

Jelasnya, satu jawatankuasa mungkin boleh dibentuk di universiti yang menyediakan kuota untuk pelajar Orang Asli bagi memberi perhatian terhadap aspek keperluan pendidikan mereka.

Malah, katanya, satu program khusus di bawah jawatankuasa berkenaan sesuai diwujudkan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan itu sebagai persediaan melangkah ke menara gading, seperti cara permohonan kemasukan secara dalam talian dan kursus bersesuaian.

“Kita ada banyak universiti, jadi pegawai di bawah jawatankuasa ini boleh mencari penempatan Orang Asli ini untuk mendekati dan menggalakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Apabila sampai masanya, mereka ini perlu diberikan kemudahan ke universiti, misalnya menyediakan pengangkutan untuk membawa mereka ke institusi pendidikan masing-masing, ditempatkan di asrama dan perkhidmatan kaunseling supaya mereka mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat sebagai mahasiswa serta tidak terpinggir dalam masyarakat,” katanya.

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan itu berkata, bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa atau biasiswa juga perlu diperuntukkan secukupnya bagi melancarkan pengajian mereka, memandangkan pendapatan keluarga golongan ini kebiasaannya sangat terhad.

“Peruntukan ini membolehkan dia (pelajar Orang Asli) membeli buku, alat tulis, pakaian atau keperluan universiti. Tanpa adanya bantuan ini, mereka pun nanti susah dan mungkin dia rasa macam satu masalah pula (untuk) menuntut (ilmu),” katanya.

Muhammad Amir Asyraf Mohd Sobri
Muhammad Amir Asyraf Mohd Sobri

Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sobri berkata, usaha itu perlu disusuli persediaan menyeluruh sebelum mereka memasuki universiti.

Katanya, persediaan itu merangkumi tambah baik infrastruktur dan fasiliti serta peningkatan akses di kawasan penempatan Orang Asli, termasuk di pedalaman.

Muhammad Amir Asyraf berkata, usaha itu mampu menggalakkan keupayaan mereka untuk berkomunikasi, menambah pengetahuan dan memperoleh persediaan bersesuaian sebelum ke universiti.

“Sebagai pemimpin mahasiswa, saya sangat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai program laluan khas ini kerana menyediakan ruang dan peluang kepada golongan terbabit untuk meningkatkan taraf kehidupan serta pendidikan mereka.

“Di setiap universiti sememangnya disediakan kuota untuk Bumiputera, jadi kini apabila ada kuota untuk Orang Asli, saya anggap ini perkara yang baik selaras konsep keluarga Malaysia supaya tiada pihak akan tercicir dan tertinggal kerana kerajaan memberi perhatian,” katanya. - Getaran, 26 November 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam