web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NICX 21 Kembali Dengan Pelbagai Topik Menarik

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 12:18PM

Barisan tetamu kenamaan bergambar selepas majlis pelancaran dan majlis menandatangani kerjasama NICX 21.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi terus memperkasakan bidang pendidikan dan masyarakat khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19, NAMA Foundation bakal menganjurkan Persidangan dan Pameran Antarabangsa NAMA 2021 (NICX 21) pada 6 hingga 11 Disember ini.

Program secara maya itu akan dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia, Yayasan Sejahtera, Ikram Musleh Berhad (IKRAM Musleh), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Education Development and Solutions Specialist Sdn Bhd (EDESS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketua Pegawai Eksekutif Nama Foundation, Dr Saleh Mubarak Bazead berkata, NICX 21 menyediakan platform sehenti kepada penggiat bidang berkongsi amalan, pengetahuan dan pengalaman berkaitan topik diketengahkan bersama peserta acara itu.

“Pada masa sama, acara ini adalah saluran terbaik untuk penggiat bidang menunjukkan aktiviti dan dokumen bagi menggalakkan pengetahuan peserta, sekali gus membolehkan mereka memperoleh peluang serta ilmu baharu di peringkat antarabangsa.

“Dengan mengetengahkan tema ‘Memperkasakan Semula Pendidikan dan Sektor Ketiga’, acara itu akan membabitkan lebih 30 pakar global, pengamal, ahli akademik serta pembuat polisi dalam bidang pendidikan dan masyarakat sivil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran dan Majlis Menandatangani Kerjasama NICX 21 di sini, baru-baru.

Turut hadir, Pensyarah Kanan UTM, Prof Madya Dr Adibah Abdul Latif dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid.

NICX adalah acara tahunan yang sebelum ini dianjurkan di Tanzania, Kyrgyzstan dan Indonesia, namun dihentikan pada 2019 dan 2020 akibat penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, Saleh berkata, NICX 21 yang dijangka turut menarik kehadiran 30 pempamer dan 500 peserta akan meneroka serta membincangkan tujuh topik.

Topik itu adalah Resilient Leadership in Education and Third SectorTechnology and Social Innovation Beyond Pandemic dan Remapping The Sustainable Development Goals.

Selain itu, Financial Sustainability in Shrinking Space, Repurposing Fund and Corporate Giving, Strategic Cross Sector Partnership dan Governance and Compliance.

“Pendaftaran individu dan penceramah untuk ke acara itu dibuka sehingga 15 November ini, manakala harga diskaun sehingga 50 peratus akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal sehingga 10 November.

“Pelajar turut diberikan potongan harga istimewa untuk menggalakkan mereka menghadiri acara sangat bermanfaat ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur NICX 21.

Bagi penggiat bidang dan individu yang ingin menyertai acara itu, mereka boleh membuat pendaftaran atau mengemukakan sebarang persoalan menerusi talian 03-21816646, laman sesawang https://conference.namafoundation.org atau emel [email protected]. - Getaran, 7 November 2021

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 minit yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad