web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Pengajian Di Malaysia Ikut Piawaian Global - MQA

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 12:03PM

Dr. Mohammad Shatar Sabran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh pengajian dan kualiti program akademik di Malaysia mengikut piawaian antarabangsa serta mempunyai standard sama dengan kebanyakan negara di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya membuat penanda aras dengan badan akreditasi global bagi memastikan kualiti pengajian tempatan yang ditawarkan setaraf dengan negara lain.

Beliau berkata, penandaarasan itu pernah dibuat di beberapa negara Eropah, New Zealand, Taiwan dan Jepun.

“Hal ini termasuk program sarjana muda dengan minimum tiga tahun bagi memastikan kualiti dan tempoh pengajian adalah setara di peringkat antarabangsa. 

“Sebab itulah graduan dari institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia yang mengikuti program diakredit MQA tidak mempunyai masalah untuk menyambung pengajian ke mana-mana negara,” katanya kepada Getaran, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan pihak tertentu bagi memendekkan tempoh pengajian di IPT tempatan dengan merombak semula subjek seperti Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS).

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilaporkan berkata, penawaran kursus mata pelajaran am di IPT adalah inisiatif kementeriannya, bagi memperkukuh aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan graduan yang holistik dan sejahtera. 

Senada dengan Noraini mengenai penawaran kursus mata pelajaran umum, Mohammad Shatar berkata, semua kursus itu penting untuk memupuk jati diri dan kefahaman mengenai kepelbagaian agama serta budaya di negara ini.

Katanya, penawaran subjek sedemikian biasa dilakukan di negara lain, misalnya di Amerika Syarikat (AS), apabila pelajar asing juga perlu memperlajari sejarah negara berkenaan. 

“Ketetapan ini dibuat oleh banyak negara lain dan bukan hanya di Malaysia, lebih-lebih lagi kepada warganegara, mereka perlu menghayati ketamadunan negara sendiri.

“Elemen kenegaraan dalam diri pelajar perlu dipupuk supaya rasa cinta dan sayang kepada negara tercetus menerusi kursus ini,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad