web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institusi Pendidikan Dibuka 2 Minggu Selepas Peralihan Fasa - KKM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 3:34PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi negeri-negeri yang mengalami peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu daripada tarikh peralihan berkenaan.

Menurut KPM dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter hari ini, keputusan itu terpakai untuk negeri-negeri seperti Johor, Pahang dan Negeri Sembilan yang mengalami peralihan fasa PPN berkuat kuasa hari ini.

Di Johor, pembukaan institusi pendidikan bermula pada 10 Oktober ini mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Dua PPN, sebaliknya di Pahang pembukaan kekal pada 4 Oktober mengikut ketetapan Fasa Dua, namun akan berubah mengikut ketetapan Fasa Tiga bermula 11 Oktober.

Pembukaan institusi pendidikan di Negeri Sembilan kekal pada 4 Okt mengikut ketetapan Fasa Tiga sebelum pengoperasian berubah mengikut ketetapan Fasa Empat bermula 18 Oktober.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara memberi kebenaran untuk pelajar Tingkatan Enam Semester Dua dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) di negeri Fasa Satu untuk hadir ke institusi pendidikan tanpa penggiliran.

Oleh itu, pengoperasian institusi pendidikan di negeri Kedah akan bermula pada 10 Oktober untuk kumpulan pelajar berkenaan manakala pelajar lain kekal mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Pengoperasian institusi pendidikan di Pulau Langkawi bermula 3 Oktober mengikut ketetapan Fasa Empat susulan pengumumannya sebagai kawasan gelembung pelancongan.

Menurut KPM, pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri-negeri yang tidak terlibat dengan peralihan fasa hari ini adalah kekal berdasarkan ketetapan fasa sedia ada seperti diumumkan pada 12 September ini.

Institusi pendidikan di bawah KPM merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru, serta institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Ketetapan berkenaan turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad