web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPPK Garis 8 Tuntutan, Jamin Keselamatan Mahasiswa

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 12:09PM

MPPK mengesyorkan 8 resolusi sebagai jaminan keselamatan kepada warga kampus termasuk memberi pilihan kepada mahasiswa sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengesyorkan lapan resolusi bagi memastikan Pelan Pemulihan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberi kesan lebih baik kepada mahasiswa, sekali gus menjamin keselamatan warga kampus.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, berkata resolusi itu adalah memberi pilihan kepada mahasiswa sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya, dengan setiap pergerakan dilakukan secara berperingkat.

“Kita (MPPK) juga mengusulkan supaya keutamaan pulang ke kampung diberikan kepada mahasiswa yang sudah mendapat vaksinasi lengkap.

“Prosedur operasi standard (SOP) untuk semua IPT bagi urusan pergerakan keluar masuk kampus perlu diseragamkan mengikut kesesuaian dan panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya di sini.

Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri
Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri

Muhammad Amir Asyraf berkata, MPPK turut mengusulkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid dilaksanakan, iaitu bersemuka dan atas talian.

Katanya, mahasiswa juga perlu dibekalkan dengan kit ujian pantas antigen COVID-19 secara percuma.

Selain itu, Muhammad Amir Asyraf berkata, pemberian insentif diskaun penerbangan atau sewa khas harus diberikan kepada mahasiswa untuk pulang ke kampus.

“Bantuan sekali bayar sebanyak RM300 wajar diperuntukkan kepada mahasiswa menerusi Belanjawan 2022.

“Akhir sekali, kami mengusulkan supaya penetapan elaun minimun latihan industri, latihan mengajar dan praktikal sebanyak RM500 disediakan menerusi Belanjawan 2022,” katanya.

Menurut Muhammad Amir Asyraf, MPPK amat menyambut baik Pelan Pemulihan IPT kerana sememangnya dinantikan semua mahasiswa, namun satu garis panduan yang jelas perlu diwujudkan bagi memastikan ia berjaya mencapai objektif ditetapkan.

“Kita juga memohon kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan garis panduan itu mudah difahami bagi memastikan mahasiswa serta warga kampus dapat kembali ke kampus dengan selamat.

“MPPK mengharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kita dapat kembali menjalani hidup seperti biasa di kampus,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilaporkan akan membentangkan Pelan Pemulihan IPT dalam masa terdekat.

Pelan itu susulan pembukaan semula IPT untuk kemasukan mahasiswa secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula bulan depan. – Getaran, 11 September 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Masih Ada Program Perguna Penuntut IPTA, ‘Tak Sangka Ada Lagi Benda Macam Ni’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar