web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Tingkatan 5,6 Di Labuan Bermula 3 Okt

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 12:42PM

Semua sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini dengan fasa 1 akan melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk membuka semula sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan di sini, mulai 3 Okt depan dengan fasa pertama melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan di Labuan itu dibuat setelah menilai bahawa pulau bebas cukai ini adalah satu-satunya wilayah negeri dan Persekutuan yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) dengan jangkitan COVID-19 yang dapat dikawal.

"Memandangkan Labuan telah memasuki Fasa 4 PPN, sekolah-sekolah dapat dibuka kembali pada 3 Okt bagi Tingkatan 5 dan 6, dan pembukaan semula sekolah di pulau ini akan dilakukan secara berperingkat," katanya pada sidang media setelah perjumpaan dengan guru besar sekolah dan pengetua di Labuan, bertempat di dewan konvensyen sebuah resort di sini, hari ini.

Katanya, fasa kedua sekolah akan dibuka semula melibatkan pelajar lain (murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, 2, 3 dan 4) dengan kapasiti (kehadiran) 50 peratus akan dilakukan dalam tempoh dua minggu akan datang (selepas 3 Okt) melalui kaedah 'flip Classroom’.

Radzi berkata KPM telah menerima input dan pandangan mengenai cadangan pembukaan semula sekolah dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan semalam (5 Sept), yang dianggotai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dan Pengerusinya Rithuan Ismail.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil sekolah termasuk pengetua dan guru besar serta wakil dari pelbagai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam satu slot libat urus untuk mendapatkan input dan persetujuan mereka bagi membuka semula sesi persekolahan.

"Sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, sekolah yang dibuka semula di seluruh negara akan mengambil kira fasa-fasa pemulihan di bawah PPN," katanya.

Menurut Radzi pembukaan sesi persekolahan di Labuan itu juga sejajar dengan pembukaan semula sektor ekonomi di bawah Fasa 4 PPN.

"Kami mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum memutuskan sesi persekolahan dibuka semula di Labuan ...pastinya dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ... kita perlu memberi penekanan bahawa sekolah yang dibuka semula di sini adalah selamat," katanya.

Radzi berkata sebelum 3 Okt depan, kemungkinan akan terdapat negeri lain yang beralih kepada Fasa 4 PPN dan membolehkan sekolah di negeri berkenaan dibuka semula. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar