web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Enggan Vaksin Tidak Dibenar Mengajar Secara Bersemuka

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 7:07PM

KPM menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas bagi memastikan ibu bapa yakin persekitaran sekolah selamat untuk anak mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Okt ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata tindakan itu diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

“Sehingga kini, terdapat 2,500 guru di negara ini masih tidak divaksinkan dan sebanyak 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangya satu dos vaksin dan 85.26 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah di sebuah hotel di sini hari ini.

Katanya KPM akan mengeluarkan garis panduan mengenai tugasan guru-guru yang tidak divaksin.

“Kita juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan terhadap guru yang enggan mendapatkan vaksin ini,” katanya.

Radzi berkata selain tenaga pengajar dan kakitangan sekolah, pekerja perkhidmatan sokongan sekolah seperti pekerja kantin, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang berada di sekolah juga wajib menjalani proses vaksinasi terlebih dahulu.

“Setakat ini sebanyak 73.71 peratus daripada pekerja perkhidmatan sokongan sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.43 peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad