Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Roziah Sah Bergelar Naib Canselor UiTM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:15PM

Pengumuman pelantikan Dr. Roziah (dua dari kanan) diumumkan Noraini menerusi Facebook rasminya hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemelut dan tanda tanya berhubung kekosongan kerusi Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) sejak Mac lalu selesai apabila Profesor Dr Roziah Mohd Janor sah dilantik menyandang jawatan itu.

Pelantikan tersebut disahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Keputusan berkenaan mengukir sejarah tersendiri kerana Roziah adalah Naib Canselor wanita pertama UiTM sejak institusi pendidikan tinggi terbabit ditubuhkan pada tahun 1956.

“Hari ini saya menyerahkan surat pelantikan kepada Profesor Dr. Roziah Mohd Janor sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu.

“Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor UiTM,” katanya.

Noraini berkata, Roziah, 58, memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik dari The State University of New York @ New Paltz New York, Amerika Syarikat; Ijazah Sarjana bidang sama dari West Virginia University, Amerika Syarikat dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Statistik pada tahun 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya, bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM itu turut menggerakkan 22 inisiatif Globally Reknowned University 2025, seperti penggabungan Fakulti menjadi Kolej Pengajian 10 bidang, Education 5.0 @ UiTM dan Global Learning.

Beliau berkata, Roziah juga menganggotai badan profesional Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan pernah menerima pelbagai anugerah seperti Staff Excellence Award UiTM selama lima tahun, iaitu pada 2017, 2013, 2009, 2008 dan 2002.

“Roziah turut menerima anugerah Researcher of the Year UiTM 2007, Bronze Medal for GPP Modified Socio Mobility Index: Quantifying Actual Development Impact dari Malaysian Association of Research Scientist dan lain-lain.

“Dengan visi untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti mega, seterusnya memberi peluang luas kepada bumiputera memperbaiki taraf hidup melalui pendidikan tinggi dalam semua bidang, saya percaya Roziah mampu menggalas tanggungjawab ini dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UiTM," katanya.

Noraini dalam hantaran sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Naib Canselor, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim atas jasa bakti beliau menerajui UiTM selama lebih dua tahun sejak 2019.

Isu berhubung jawatan Naib Canselor tercetus selepas pelantikan Roziah sebelum ini menerusi surat bertarikh 2 Ogos lalu ditangguhkan.

Penangguhan menerusi surat bertarikh 7 Ogos 2021 itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JBT), Datuk Dr Husaini Omar dan ia diputuskan selepas Noraini yang mengumumkan pelantikan Roziah, meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi (KPT) pada 6 Ogos lalu, susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan diberikan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Noraini kembali dilantik menerajui kementerian sama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentuk Kabinet, sekali gus menyaksikan pengesahan pelantikan Roziah.

Dalam perkembangan berasingan, Kongres IIUM berharap Noraini yang dilantik semula sebagai Menteri Pengajian Tinggi mampu melaksanakan tugas dengan lebih kompeten dan tidak mengulangi kegagalan pernah berlaku.

Pertubuhan itu mendakwa, sebelum ini Noraini gagal menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pelajar, terutama berhubung isu pulang ke kampus serta pendiriannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Kongress IIUM turut merasakan kegagalan itu disebabkan Noraini kurang berkomunikasi dengan pelajar, sebaliknya tertumpu kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang sering mengadakan perbincangan bersama beliau.

“Kami mencadangkan jika Noraini serius ingin membawa perubahan dalam kementeriannya, beliau perlu lebih mendengar dan mendekati pelajar di peringkat akar umbi.

“Hanya menerusi pendekatan ini KPT akan lebih memahami dan mengerti masalah dihadapi pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

Semasa 59 minit yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran