web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mark Adam Akui Hasilkan Rakaman Lagu Penyanyi Cilik, Angelica Mencabar Buatnya

Lagu ‘Selamanya Bersama’ yang dihasilkan Mark Adam buat Angelica adalah cetusan idea daripada ibu kepada penyanyi cilik itu dan ia berkisar mengenai hubungan seorang anak dan ayah angkat yang jarang sekali diperkatakan.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:34AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali berkolaborasi bersama penyanyi kanak-kanak, Angelica Petra Battle yang baru sahaja mencecah usia 9 tahun, bukanlah suatu tugas mudah buat komposer dan penyanyi, Mark Adam. 

Malah, Mark Adam juga mengakui turut berhadapan dengan cabaran sewaktu pertama kali melakukan proses rakaman vokal lagu ‘Selamanya Bersama’ buat Angel (nama panggilan Angelica). 

“Angel baru sahaja berusia 9 tahun. Jadi, adakalanya dia mempunyai mood sendiri, jadi adakalanya dengan kanak-kanak ni kita tak boleh paksa dan kena ikut mood dia.

“Lagi satu, kita kena bersabar untuk memahamkan dia serba-sedikit tentang muzik dan bagaimana proses rakaman vokal dilakukan. 

“Tapi alhamdulillah, selepas dia dah faham, proses rakaman vokal itu berjalan dengan lancar dan Angel ni sebenarnya berbakat dan mudah memahami apa yang dipelajarinya,” jelasnya kepada portal Getaran. 

Mengenai lagu ‘Selamanya Bersama’ yang juga adalah ciptaannya, Mark Adam menjelaskan, proses menghasilkan lagu itu mempunyai kenangan dan ceritanya kerana ia adalah cetusan idea daripada ibu Angel sendiri. 

Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa dan kemudian dia dijaga seorang lelaki yang akhirnya dianggap sebagai seorang ayah.

“Apabila diminta ibu Angel sendiri iaitu Datuk Rosmar Ayu Mokhtar Ayu untuk hasilkan sebuah lagu, saya banyak mengkaji tentang diri Angel, terutama dari segi perangai dan karakternya.

“Disebabkan itu, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu dan lirik ‘Selamanya Bersama.’ 

“Saya juga anggap lagu ini istimewa kerana pertama kali hasilkan lagu untuk kanak-kanak dan melihat Angel mempunyai vokal yang sangat unik,” katanya lagi. 

Sementara itu, ibu Angelica Petra, Datuk Rosmar Ayu Mokhtar berkata, bakat anaknya itu mula dikesan apabila Angelica sering berkaraoke ketika berada di rumah.

“Semasa dalam tempoh PKP pada Mac 2020, saya lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak di rumah, kami lakukan pelbagai aktiviti di rumah bersama termasuklah karaoke. 

“Dari situlah saya melihat bakat potensi ada pada anak-anak saya termasuk Angel yang sangat berbakat dalam nyanyian,” katanya.

Menurut Datuk Rosmar Ayu, dia telah menghubungi beberapa guru nyanyian untuk menghantar anaknya itu menghadiri kelas vokal, namun hanya Mark Adam sahaja yang memberi maklum balas serta bersetuju menerima anak-anaknya termasuk Angel sebagai anak didiknya. 

“Setelah beberapa lama menghadiri kelas vokal, saya dah Mark Adam berbincang untuk menghasilkan sebuah lagu buat Angel.

“Lagipun ketika itu Mark Adam menyatakan vokal Angel juga semakin baik dan anak saya dilihat sudah bersedia untuk masuk ke studio rakaman,” katanya. 

“Saya harap lagu berkenaan diminati pendengar dan berharap orang ramai dapat menerima kemunculannya dalam industri nyanyian pada usia yang cukup muda,” katanya. 

Mengenai cetusan idea terhadap lagu itu, Datuk Rosmar Ayu menjelaskan, lagu itu sebenarnya didedikasikan buat ayahnya. 

“Kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini banyak berkisar tentang ibu, namun ‘Selamanya Bersama’ ini lebih kepada seorang bapa,” katanya. 

Ini adalah lagu pertama Angelica Petra Battle sebagai seorang penyanyi rakaman. Sebelum ini, Angelica sudah membintangi filem di Indonesia berjudul Perjalanan Pertama dan dua filem di Malaysia iaitu Daddyku Gangster dan Harum Malam yang sedang menunggu waktu tayangan. 

Rakaman vokal ‘Selamanya Bersama’ telah dilakukan Disember 2020, manakala video muziknya pula dihasilkan pada Februari lalu. Ia sudah mula ditonton di saluran YouTube D’Ayu Music sejak 26 Jun lalu. - Getaran, 13 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Kak Eton Penghibur Di Kala Musibah Banjir

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN