web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Timbalan Pengarang Gaya Hidup & Hiburan berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu baharu yang dikeluarkan penyanyi rakaman Malaysia dan negara jiran terdekat pada minggu ini. Ikuti singkapan lima lagu pilihannya dari pelbagai genre muzik.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 9:00AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya – Poova 

Namanya bukanlah baharu di dalam industri muzik. Sebelum ini, dia pernah menghasilkan album Inggeris, berjudul 'Ticket To Faketow'n dan dinobatkan sebagai pemenang Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2014. Kini, Poova muncul kembali dalam industri muzik tanah air dengan merakamkan lagu Melayu pertama berjudul 'Karya' yang mana komposisi lagu dan liriknya dihasilkan Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Rahmat. 

Bergenre balada yang berbentuk major, Karya dimulakan dengan piano base sebagai intro serta mempunyai dinamik yang baik serta hook yang boleh diingati. Ia juga mempunyai ciri-ciri lagu balada yang sesuai untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu. Namun, susunan muziknya perlu menyuntik elemen-elemen yang segar. 

Liriknya ada bahagian yang saya suka dan ada yang tidak. Saya faham, menulis lirik itu sukar. Akan tetapi, liriknya boleh diperbaiki dan boleh dicantikjan lagi terutama dari segi garapan ayatnya. Pun begitu, mesejnya jelas iaitu ia bercerita tentang kisah percintaan yang terkandas. Awalnya segalanya bermula dengan yang indah-indah tetapi akhirnya ia berakhir dengan kesedihan. 

Yang jelas, saya sangat suka dengan vokal Poova kerana dia memiliki nada suara sendiri dan ada soul dalam nyanyiannya. Dengan vokal yang besar dan lantang serta memiliki pitch yang tinggi, dia telah mampu menyampaikan Karya dengan baik. 


Andaikan – Sarah Suhairi 


Antara penyanyi generasi muda yang saya minati, Sarah Suhairi kini muncul dengan single baharu iaitu 'Andaikan' ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamshiri.  Menariknya, lagu ini dicipta untuk runut bunyi drama 'Hatimu Sedingin Salju' yang telah pun mula ditayangkan di slot Akasasia, TV3 bermula 24 Jun yang lalu. 

Ini adalah single solo Sarah Suhairi yang keenam, selepas Pedih, Nyawa & Raga, Rise And Fall, Mungkin dan Kau Yang. Namun, Andaikan adalah sebuah lagu pop balada yang sangat mid tempo. Suatu kelainan yang cukup menarik dan cukup menyegarkan kerana selalunya apabila kita mendengar lagu berbentuk balada, ia tidak lari dari unsur melankolik. Barangkali, memang  Sharon Paul sengaja cuba lari daripada menghasilkan lagu tipikal balada yang sering disuakan kepada kita di pasaran. 

Penggunaan string dimaksimumkan dengan sebaiknya di dalam lagu ini. Ini memang suatu kepakaran Sharon Paul. Dia memang gemar menggunakan instrumen strings di dalam  lagu-lagu gubahannya.  Elemen gitar turut diselitkan untuk menambahkan sedikit unsur rock yang ringan dan bunyian saksafon yang diselitkan pada bahagian tertentu memberikan nuansa yang mengesankan di dalam susunan muzik lagu ini. 

Lirik yang dihasilkan Shah Shamshiri kali ini agak mudah yang mana ia berkisar tentang tentang percintaan yang musnah di tengah jalan. Namun, ia digarap dengan cukup baik, biarpun liriknya berulang-ulang. Adakalanya, sesebuah lirik lagu tidak perlu dihasilkan secara komplikated pun. Dan saya tidak perlu katakan apa-apa tentang vokal Sarah Suhairi. Cukup baik! 


 

Dadah Durjana - Armpunk Sindicate 

Tidak semua kugiran muzik punk itu rebel atau ganas! Buktinya adalah Armpunk Sindicate yang dibarisi lima orang pemuda yang menetap di Ampang. Selepas 'Satu Bendera' yang dirilis dua tahun lalu, band muzik yang berteraskan punk old school ini kembali dengan lagu baharu yang cuba menerapkan mesej positif mengenai bahaya dadah kepada generasi muda hari. 

Lagu ini dihasilkan sejajar dengan usaha mereka yang sentiasa memberikan kesedaran mengenai bahayanya dadah di dalam kesemua gig-gig mereka setelah rasmi menjadi artis rakaman. Tidak hairanlah mengapa banyak pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Drug Free Malaysia dan Pengasih mahu berkolabrasi dengan mereka untuk menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah. Malah, mereka turut diangkat sebagai Ikon Drug Free Malaysia pada 2019. 

Dadah Durjana adalah hasil ciptaan Armpunk Sindicate dan liriknya adalah ciptaan Armpunk Sindicate bersama Doktrin Anak Punk serta diterbitkan Bakri daripada Gerhana Ska Cinta. Ia berteraskan lagu ska punk yang sangat 'sempoi' tetapi easy listening dan membuatkan kita ingin berdansa. 

Selaku penerbit, saya kira Bakri telah berjaya melakukan tugas yang baik untuk menerapkan unsur-unsur ska punk yang tidak begitu mendominasi di atara satu sama lain. 

Percayalah jika anda peminat lagu R&B, rock dan balada yang tegar, anda juga mampu terima dan menikmati lagu ini. Saya juga suka bila mereka menekankan ayat 'We Are Drug Free dan Sober Sampai Mati.' Ia cukup jelas memberitahu mereka adalah kumpulan muzik punk yang anti-dadah. 



 

Sepertiga - FML 

Meriah sungguh industri muzik kita apabila memiliki penyanyi lelaki duo. Saya rasa tidak pernah lagi industri kita mempunyai gandingan penyanyi lelaki sebegini. Apabila mereka hadir di antara kalangan penyanyi solo dan kumpulan vokal dan muzik, mereka telah berjaya menambahkan lagi warna di dalam industri muzik kita. 

Sepertiga adalah sebuah lagu pop yang mempunyai elemen R&B ringan yang lirik dan lagunya digubah FML sendiri iaitu Fahimi Rahmat dan Mal Hamka bersama Firdaus Rahmat (World Peace), Nick Ariff (Faithful Music Publishing) dan Glow Rush (Faithful Music Publishing).

Jujur saya katakan, lagu ini akan mengambil sedikit masa untuk diterima. Bukan kerana ia tidak bagus tetapi ia bukanlah suatu produk lagu yang dihasilkan semata-mata untuk memenuhi selera pasaran massa. Sebaliknya, ini adalah sebuah lagu yang membenarkan barisan komposer dan penerbitnya untuk berkreatif secara total atas nama karya dan muzik. 

Ia mempunyai bunyian dan susunan muzik yang padu dan saya suka pada bahagian korusnya kerana ia semakin lama semakin dinamik dan mempunyai hook yang sangat seksi.  Paduan vokal Fahimi dan Mal sangat kena dengan lagu ini dan mereka saling komplimen di antara satu sama lain. 

Menarik tentang lirik lagu ini, secara peribadi saya rasa ia  bukanlah sebuah lagi cinta yang biasa tetapi berdasarkan interpretasi saya ia bercerita tentang kecintaan manusia terhadap Tuhan dan sepertiga malam adalah waktunya untuk kita menunaikan solat dan berbicara dengan Tuhan. 


 

Kembali Fitrah – Zul F 

Rindu saya dengan lagu-lagu Melayu yang bergenre pop R&B. Menerusi Zul F iaitu penyanyi dan pelakon  kelahiran Brunei, akhirnya saya berpeluang mendengar lagu daripada jenis genre yang sebegini. Perlu saya jelaskan di sini, Zul F bukanlah orang baru dalam dunia nyanyian. Sebaliknya, beliau boleh diklasifikasikan sebagai penyanyi yang sudah pun established di Brunei. 

Pernah membuat persembahan di Malaysia dan salah satu lagu yang dimuatkan di dalam album pertamanya, Bersama Bintang pada 2006 iaitu Engkau Adalah Cinta telah menjalani rakaman di Kuala Lumpur. Malah muzik pertamanya, Dari Mata telah ditayangkan di MTV Asia pada 2007. Berbalik kepada Kembali Fitrah, lagu ini digubah Ezuone, manakala liriknya ditulis Zul F sendiri. Ia sebuah lagu pop R&B yang mempunyai sedikit elemen soul. Malah, ada sedikit koir sebagai suara latar yang diselitkan. 

Zul F benar-benar menguasai lagu ini dengan cemerlang. Pitching suara yang tinggi dilantunkan dengan sangat baik. Vokal dan lenggok R&B digunakan pada tempo yang tepat. Saya juga tertarik apabila dia menggunakan sedikit kaedah melisma dan swaying di dalam nyanyiannya. Ia mengingatkan saya kepada stail nyanyian Mariah Carey dan Boyz II Men. 

Zul F juga seorang penulis lirik yang bagus. Bait-bait lirik lagu ini ditulis dan disusun dengan begitu indah dan sempurna. Bersulam dengan melodinya, ia kedengaran begitu indah di dengar apabila ia mengajak kita untuk kembali kepada kepada Tuhan setelah kita tergelincir daripada landasan kehidupan. - Getaran 30 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

3

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Jom Bawa Keluarga Sertai MPO Terokai Pengembaraan Muzik Yang Luar Biasa Pada 23 Mei

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...