web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Banyak Kali Ditegur Kerana Membawakan Lagu ‘Wahana’ dengan Gaya Bacaan Al-Quran - Hazwani Helmi

Hazwani bagaimanapun mengakui, dirinya teruja dan bersyukur apabila mendapat tawaran berganding bersama Siqma, rapper yang semakin melonjak namanya menerusi lagu tersebut.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 10:20AM

Menurut Hazwani, menyanyikan lagu dengan liriknya menggunakan bahasa Arab menjadi cabaran utama selain ini kali pertama dia berduet bersama penyanyi lelaki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Hazwani mengakui berdepan kesukaran menggunakan bahasa Arab masyarakat Mesir bagi lagu baharunya ‘Wahana’ yang telah dilancarkan pada 9 Jun lalu.

Menurut Hazwani, menyanyikan lagu dengan liriknya menggunakan bahasa Arab menjadi cabaran utama selain ini kali pertama dia berduet bersama penyanyi lelaki.

Bagaimanapun Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, 26, mengakui, dirinya teruja dan bersyukur apabila mendapat tawaran berganding bersama Siqma, rapper yang semakin melonjak namanya.

“Tekanan itu disebabkan ada lirik dalam bahasa Arab dan saya banyak kali ditegur kerana menyanyikannya dengan gaya bacaan al-Quran.

“Walaupun berdepan kesukaran menggunakan bahasa Arab masyarakat Mesir, namun saya tetap teruja dan tidak sabar untuk menjayakan proses rakaman lagu ini,” katanya kepada Getaran.

Siqma
Siqma

Jelas Hazwani lagi, meskipun dia tidak pernah berduet dengan penyanyi lelaki sebelum ini, dia bersyukur Siqma sangat memahami dan menghormati batasan mereka. 

Tambah Hazwani, Siqma banyak membantunya ketika proses rakaman serta memudahkan lagi kerja rakaman lagu dan pembikin muzik video.

“Walaupun Siqma kelihatan pendiam pada awalnya, ternyata selepas kenal dengannya, dia sangat mesra dan sentiasa mencuba berikan yang terbaik dalam projek ini.

“Malah, saya rasa bersyukur sangat apabila dia (Siqma) memahami dan meng menghormati batas-batas yang perlu saya jaga,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi jelita itu turut berkongsi, lirik lagu ‘Wahana’ ini menarik dan dekat dengan jiwanya yang gemar membuat amal kebajikan.

“Lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya disebabkan sebelum ini saya banyak menjalankan misi kemanusiaan termasuk mendekati sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Tujuan misi itu adalah untuk membuat kebaikan dan masuk ke syurga, seiring dengan maksud yang terkandung dalam lirik lagu 'Wahana',” jelasnya.

Lagu 'Wahana' turut mendapat sentuhan penggubah, Shukri Sahari dan penerbit Wan Saleh, Shukri Sahari dan Cheb Amir Hufaz.

Lagu terbitan bersama Masyhur dan Beegood Music Productions ini adalah hasil ciptaan komposer Amir Hufaz dan Shukri Sahari. Manakala, liriknya pula yang ditulis Cheb Ali dan Isma Sane.

‘Wahana’ membawa mesej cukup besar iaitu berkongsi kebaikan sesama manusia dan tidak putus asa. – Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN