web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah Bintang Popular Ke-35 Catat Sejarah, Terima Lebih 21 Juta Undi Pusingan Pertama 

Ikuti senarai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Ke-35 di dalam artikel ini yang melibatkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 2:03PM

Dari kiri Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqeen dan Puteri Sarah Liyana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusingan pertama undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-35 untuk bagi pemilihan calon Top 5 yang melibatkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini telah pun berakhir. 

Sepanjang 31 hari proses pemilihan dibuka bermula 12 Mei hingga 11 Jun lalu, ABPBH 35 telah mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila menerima undian keseluruhan sebanyak 21,033,657.

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, undian lebih 21 juta yang diterima membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan.

“Kita amat berbesar hati dan berbangga dengan jumlah undian tertinggi dikumpul pada fasa awal ABPBH 35 yang memberi petunjuk bahawa acara anugerah ini masih relevan.

“Sokongan diberi peminat menunjukkan ABPBH masih menjadi pengukur dalam menilai populariti artis dan selebriti tempatan, apatah lagi, kali terakhir acara anugerah ini dibawa kira-kira, dua tahun lalu,” katanya dalam

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak penganjur sentiasa melakukan penambahbaikan bagi mengekalkan kredibiliti ABPBH dan edisi kali ini melibatkan penilaian daripada pihak juri profesional.

“Juri menilai berdasarkan beberapa kriteria penting. Antaranya populariti seseorang artis, impak yang dicetuskan oleh artis dan produk yang dihasilkan,” tambah beliau.

Penganjur ABPBH 35 turut mengumumkan secara rasmi calon Top 5 bagi kategori utama dan Ekstra! serta melancarkan undian pusingan kedua bagi acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

Proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian pemilihan peminat manakala 30 peratus lagi adalah penilaian juri profesional.

Kemuncak proses itu, pastinya, gelaran Bintang Paling Popular menanti juara yang meraih undian dan markah tertinggi dalam kategori tunggal disaingi pada ABPBH 35.

Peminat boleh mula layari www.abpbh.com.my bagi meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35 ABPBH yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni, mulai hari ini sehingga 15 Julai depan.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Turut dipertandingkan, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara Televisyen (TV) Popular dan Artis Komedi Popular.

Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 akan menjadi penentu kepada pemenang trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Turut dipertandingkan pada ABPBH 35 adalah tujuh kategori Ekstra! iaitu Couple TV Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom Popular, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Lawak Viral Popular. – Getaran, 21 Jun 2023 

12 KATEGORI UTAMA

BBNU Lelaki Popular

Amir Ahnaf

Danial Chuer

Fadhli Masoot

Meer Nash

Mierul Aiman

BBNU Wanita Popular

Anna Jobling

Puteri Khareeza

Qasrina Karim

Siti Khadijah Halim

Sophia Albarakbah

Penyanyi Lelaki Popular

Amir Masdi

Hael Husaini

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Naqiu

Penyanyi Wanita Popular

Aina Abdul

Ernie Zakri

Nabila Razali

Siti Nordiana

Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

Dayang Nurfaizah & Amir Masdi

Dolla

Ernie Zakri & Syamel

Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Siti Nordiana & Bunga Isme

Aktor Filem Popular

Beto Kusyairy

Datuk Adi Putra

Fattah Amin

Zizan Razak

Zul Ariffin

Aktres Filem Popular

Ahirine Ahirudin

Diana Danielle

Janna Nick

Maya Karin

Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular

Aedy Ashraf

Ben Amir

Kamal Adli 

Meerqeen 

Redza Rosli

Aktres TV Popular

Anna Jobling

Puteri Sarah Liyana

Raysha Rizrose

Sharifah Rose

Siti Saleha

Penyampai Radio Popular

DJ Lin

DJ Sonic

Haiza

Johan

Tyzo

Pengacara TV Popular

Alif Satar

Elly Mazlein

Hawa Rizwana

Janna Nick

Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular

Bell Ngasri

Jaa Suzuran

Johan

Syahmi Sazli

Zizan Razak

7 Kategori Ekstra

Couple TV Popular

Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)

Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)

Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)

Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular

Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)

Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)

Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)

Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)

Drama Popular

Bisik-Bisik Gelora

Kisah Cinta Kita

Melur Untuk Firdaus

Rindu Awak Separuh Nyawa 2

Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular

Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)

Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)

Gatal (Janna Nick)

Mimpi (Haqiem Rusli)

Terus Hidup (Aina Abdul)



 

Content Creator Popular

Arieff Yong

Alieff Irfan

DD Chronicle

Qawiyaro

Sofyank

TikTokers Popular

Aaabias

Aleeya Zailan

Hafiz Mahamad

Sally Whoo

Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular

Airiena Yahaya

Aldariya Dareesa

Ryan Bakery

Satthiya Kandi

Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN