web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Islamik Indonesia, Sabyan Bakal Jayakan Konsert Di Bandaraya Bersejarah, Melaka 

Vokalisnya, Nissa berkata tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ ini akan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert tersebut.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 6:54PM

Sabyan akan mengadakan konsert ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 26 Ogos ini. - Gambar PR 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan konsert pertama mereka, kumpulan muzik bernuasan Islamik, Sabyan yang dianggotai tiga pemuzik berbakat dari Indonesia, bakal mengadakan konsert yang digelar ‘Sabyan Live In Malaysia. 

Bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’, konsert anjuran Paksi Jayamasa Sdn Bhd itu bakal diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 26 Ogos ini. 

Vokalisnya Nissa mengakui mereka sangat teruja apabila diberi peluang mengadakan konsert di Melaka, bandaraya Bersejarah.

Sabyan bersama wakil pihak penganjur dan wakil penaja.
Sabyan bersama wakil pihak penganjur dan wakil penaja.

“Alhamdulillah kami diberikan kesempatan kali kedua mengadakan konsert di Malaysia, mungkin ini susulan daripada kejayaan konsert pertama sebelum ini dan kali ini, ia akan menjadi konsert Sabyan yang jauh lebih meriah dari sebelumnya.

 “Idea di sebalik konsert ini datangnya dari penganjur sendiri yang mencadangkan lokasi luar dari Kuala Lumpur iaitu negeri bersejarah, Melaka, lantas kami menyetujuinya lagi pula difahamkan bahawa kerajaan negeri Melaka kini sedang giat mempromosikan ‘Tahun Melawat Melaka 2014’,” kata Nissa. 

Nissa
Nissa

Menurut Nissa, lagu tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ ini akan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert. 

“Setakat ini kami sudah mempersiapkan material sejak dari bulan April lagi, dengan pemilihan lagu-lagu terbaik Sabyan, beserta susunan muzik yang baharu khusus buat pengunjung konsert nanti. 

“Kami berharap agar mana-mana penggemar muzik berlainan genre dapat hadir di konsert kami tidak kira apa jua jenis muzik yang disukai kerana muzik yang kami bawakan adalah untuk semua dan bersifat universal, semoga konsert nanti menjadi inspirasi yang bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara,” jelasnya. 

Bermula sebagai hanya sebuah kumpulan wedding singer dengan membawakan lagu-lagu bersesuaian dengan tema dan acara, mereka memanfaatkan media sosial untuk memperkenalkan Sabyan secara meluas sehingga diterima baik penggemar muzik berkonsepkan kerohanian.

“Secara tidak langsung, kami memutuskan untuk memperjuangkan genre Islamik kerana rata-rata penggemar muzik kami suka akan karya-karya ketuhanan yang kami bawakan,” jelas Nissa.

Kini, dengan berkembangnya muzik di dunia digital, semakin utuh mempertahankan lagu-lagu yang dibawakan mereka agar anak-anak kecil serta generasi muda lebih mengenal muzik bergenre Islamik. – Getaran, 13 Julai 2023 

Gambar: PR 

Caption: Kumpulan Sabyan bersama wakil pihak penganjur dan wakil penaja.

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN